LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Surat Layang Buat Classmate

Salam kuhulurkan satu kenangan manis dari ingatan,
Wahai sahabat sekalian, ini bukan surat. Tapi ini sekadar kenangan kita bersama-sama sewaktu jejak kaki ke bumi segamat. Dulu, aku hanya sorang insan yang pendiam (tapi rasanya sampai skrg masih diam,ada cerita pape baru aku ceritakan? Kan? Kan? ) Tapi kali ini bukan aku nak ceritakan dari awal aku rempuh cabaran dari mulanya masuk UiTM. Tapi aku nak ceritakan pasal di akhiri kita bersama di UiTM Segamat ini.


31/03/2012: tarikh tamat tempoh aku sebagai MPP dan tarikh keramat kita bersama. Meriah dengan jeritkan paper exam terakhir selepas tamat,mengenang air mata mengalir,kerna sayang akat persahabatan. Aku tahu, aku sorang lelaki..tapi aku tidak boleh tahan dengan perpisahan kita ini. Sedangkan aku di utara, korang semua di selatan. Jauh jaraknya. Tangis aku bukan hanya sekadar air mata, tangis aku kerna akan sayang padamu sahabat perjuanganku. Terutama Aqim, Arif, Izzat syafiq, Bugad, kobi, sam, kecik, Hal, Asrat & gegerl semua (JCS1136C). Jika dikirakan dengan jari tak cukup 3 tahun kita bersama. Pendek rasanya. Kejap rasanya. Pilu rasanya. Tapi, harapan dan impian kita tak sama, yang sama hanyalah KEJAYAAN MASA DEPAN.

 (maafkan aku tinggal kau stdy sorg-sorg calculus) =')

(kau memang suka sangat tinggal note macam nie...tetiba aku rindu kau buat party gay)

Maaf sekali lagi aku hulurkan, semoga apa yang aku berikan setiap kali pulang dari Langkawi tak mencukupi buat korang semua. Cekelat maybe tak lagi korang dapat lepas nie.. Sebab majoriti semua ke Machang untuk Stats degree. Rasanya akan ada lagi kawan korang yang sama tempat dengan aku. Boleh la korang suruh dia pulak untuk bawa cekelat banyak-banyak kan? Hehe…
Maaf juga sebab tak dapat kasi korang semua apa-apa sebelum balik..dari jauh aku hanya kasi Official post kat Belog yang tak seberapa nie.. Ingat pesanan aku ye.. datang Langkawi je contact terus.Insyaallah aku akan jemput korang.. kalau tak ramai aku bawa duk rumah aku je.. If ramai homestay la jawabnya.. =’)


Sincerely,
MOHAMAD AMRI BIN OTHMAN
(JCS113 1C-6C)

Sabtu, 17 Mac 2012

Saya Guna Android, Anda?


sambil melayan lagu be mine kot! huhu 


ANDROID? Menatang apa entah? Aku pun tak tahu dulu.. so,dah tahu rupanya software window…hehe…nampak sangat aku nie jahil dalam teknologi… >.<


#jap..jap…aku rasa hangpa pun tak tahu kan? Yang tau bapa orang ja.. HAHAHA! :P sesame lah kita JAHIL… ngee


TAK NAK TRY KE? ASYIK WINDOW 7 je lagi.. =)

Jumaat, 16 Mac 2012

Sisa Hidup Di Kampus

UiTM Segamat give me everything!! Banyak yang saya belajar dari sini. Dari seorang perantau. Seorang student biasa seolah di campak dari jauh mengunakan soyuz XII dan terjatuh di bumi segamat nie.

Bermulanya hidup di sini as
second intake daftar lambat pulak tu dengan tidak makan,kebulur satu hari. Malamnya baru pergi makan dengan kawan kelas bila lepas kelas. Itulah mulanya sebagai student UiTM Segamat. Belajar satu hari, Terus dapat cuti satu minggu sebab H1N1. Baliklah Langkawi. Rasa macam tak nak pergi Segamat tu lagi.

(cut-cut)…part 1 sangatlah jahil, kena pergi macam-macam event cari cop untuk dapat kolej..takut nak duk luar sebab rumah sendiri bukannya dekat, tak pernah lak tu duk rumah sewa. Bila dah part 2 mula teringin jadi senior-senior yang ada baju korporat tu. Nampak smart & sangat AWESOME!

Tetiba Pertengahan sem part 2, ada
open interview exco QUASAR, saya punya kos Dip.Kuantitatif Sains(DQS). So, pergilah dengan keadaan tak tahu apa-apa yang akan di tanya. Siap main tukar-tukar baju lagi dengan kawan baik ( sekarang dia baru letak jawatan as Presiden- HADRI ARIF).. Btw,saya ingatkan saya tak dapat.. Saya pun redha jela & try apply Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK) tetiba dapat. Banyak giler peringkat interview JPK. Dari sinilah mulanya rasa diri belajar benda baru dalam kampus.dalam masa yang sama dapat calling tawaran exco Quasar. Btw,I choose JPK is better.But, I always tolong exco Quasar dalam setiap event. Coz I Love them!

(bla-bla)…
masuk part 4, maka yang tak tahu pape pasal kampus semua sudah tahu. Awal tahun lepas jaga student baru as ABANG PM(Pembantu Mahasiswa) 2 sem,tetiba terbuka satu lagi Pilihanraya kampus. That was AWESOME part! Coz nak try je masuk bertanding & nak rasa something new dari JPK, tetiba menang majority untuk Fakulti FSKM… masa pengumuman tu agak terkejut.. lebih 85% student FSKM undi saya..dari situ terus rasa diri perlu berubah & buat yang terbaik..dalam kata-kata manifesto saya

“shortcut….saya,tidak kisah anda memilih saya atau tidak dalam pemilihanraya ini,dan saya tak berani menjanjikan anda apa-apa jika memenangi pilihanraya ini..yang pasti, saya akan cuba buat apa yang terkurang pada MPP sesi lepas.. jika tiada suara anda,MPP akan Jatuh,JPK akan rebah,Mahasiswa akan lumpuh, maka dengan semangat satu Mahasiswa kita bangun sama-sama dalam satu suara. Suara anda,suara saya juga.kerna kita satu mahasiswa!......”

Part 6, mula akan rindu sangat bersama kawan-kawan classmate mahupun ex-roomate… bila terkenang kenkadang mgalir air mata, teringat akan wingmates yang meninggal,susah,sakit itu yang membuat kenangan dalam ingatan…tak sempat nak cerita lagi detail.biar la kat rumah dulu baru cerita kan..

I LOVE YOU !!!!! I MISS YOU!!! If sesiapa yang datang Langkawi, Contact la ye.. saya rela jadi pemandu pelancong tak bebayar… =’)

REAL NAME senior kasi,
Awi( Aku budak Langkawi)

Sabtu, 10 Mac 2012

Tasik Kenyir Awesome!

Sekian lama tak menghapdet belog...maka dengan kesempatan ini, saya membukak belog yang telah mati nie...huhu...macam nak umum raya pun ada gak! HAHAHAHAHA!


Tempat tragedis..spek mata aku jatuh kat Tasik! T.T
(05/03/2012)

Merantau Pulau,Dapat Ikan Besar...huhu..besar ke?



 
Game yang tak seberapa,sorry kawan-kawan! ngee :D

 Part mempoyokan diri sendiri! hahha!

Unik masa kat Taman Herba

 Kami sangat AWESOME! Kbye!

Ahad, 19 Februari 2012

Main Kasar Nampak ( versi Ciplak)


apa kena la FB aku pun orang nak ciplak…tolong kawan² BLOCK kan makhluk tuhan yang sorang nie… T_T

Rabu, 15 Februari 2012

Wordless Wednesday ( Tips selamat pergi solat jumaat )


ANDA di nasihatkan supaya mencuba tips ini sekiranya selalu berlaku kehilangan atau keKIDNAPan seliper yang agak AWESOME seperti SELIPER JAMBAN mahupun SELIPER KOREA JEPUN.


AWIEKASHI MELAPORKAN! =)

Jumaat, 10 Februari 2012

Last Friday Night(Puisi hati)


Adakalanya di kala aku membisu seakan tiada yang berlaku,
Mungkin salah aku,
Eh,tak..
Memang salah aku,
selalu mendiamkan diri.

kadang-kadang tangis aku,
aku diam seribu bahasa,
sehingga rakan sebilik tidak aku ceritakan.

Pernah bersama rakan aku mesra,
Adakala kau cari kesalahanku,
Hatiku bicara kau segaja,
Kerna aku tahu,
Kau tetap sahabatku.

Aku tahu,
Aku seorang perantauan yang jauh,
Utara ke selatan,
Tapi itu bukan penghalang.

Tangis aku bukan menagih simpati,
Tapi kerna aku rindu,
Rindu pada dia,
Rindu pada Ibu aku,
Rindu pada Bapa aku,

Bukannya aku menulis sebuah lagu,
Aku menulis dari lubok kecil hatiku,
Setelah aku ikat kasih,
Kupintal sayang,
Kusemat kemas setia,
kerna aku merinduimu.

Rabu, 8 Februari 2012

Wordless Wednesday ( sickbay )

CUTI + DEMAM = CUMAM!
Sangat best..orang boleh suka-suki, tergolek-golek berholiday, aku terbaring…
Thanks kepada lecturer, sebab cancelkan kelas hari ini & esok hari langsung takde kelas… Boleh telan ubat sampai pesan malam nie. #_#

Isnin, 30 Januari 2012

SUPRO

Bukan “SUKAHATI PAK ROKIAH”…tapi “SUKAN ANTARA PROGRAM”… :P #maap kepada rokiah.. 2 hari berlarutan maka tamat 29 Januari 2012. Best nak mampus. Tak penah-penah aku main basketball tetiba pi main, mau tak kena bantai dengan budak-budak basket wakil UiTM. Tapi awesome kot aku main walaupun 1st timer. Huhu..sapa yang tengok tu percaya la..yang tak tengok tu,#krik-krik…

Tahun nie Information Management Society Juara keseluruhan,tahniah la… Tak kesah la menang ke tidak,yang pasti hangpa semua kena contohi macam aku,semua game aku nak sebat,,huhu…layan je.. memandangkan kos aku student paling cikit di abad ini. Pbarisan pun aku masuk,padahal kos lain semua leh katakan hantar budak semester 1,aku je terpacak kat padang dengan member satu kos budak semester 6. Cool tak aku? HAHAHA!

Macam tak caya sem nie dapat jugak bawa balik medal SUPRO!



Cantik kan?
Last sem kot,lepas nie dah tak jumpa lg

Petanque individu(perak)-aku lah sumbang! Hahaha..futsal(L)-emas,futsal(P)-perak,ping pong beregu(L)-perak.. Ini je kos aku dapat..tapi takpe,,yang pasti IBU EMAS SUKAN kami dapat! Yeahhhaaa!! \(^_^)/

SELAMAT TINGGAL SUPRO
AWIEKASHI

Jumaat, 27 Januari 2012

Student Portal Baru

Wow…teruja jugak bila hari nie saja test masuk tengok subjek untuk degree. Teruja abis bila klik istudent.uitm.edu.my kuarnya macam page lain. Rupanya student portal dah berubah wajah baru. Takde bezanya pun. Hangpa try usya sendiri.

Amacam? Awesome kan?? =) macam lebih advance cikit or sama dengan portal Universiti lain.

(salingan)
Memandangkan hari nie Perasmian SUPRO as known as “Sukan Antara Program”.
By the way,aku register masuk
Basketball,Petangue,Futsal & Handball. Malangnya Handball tak cukup orang & dah tutup register. *agak-agak hangpa,aku tamak tak? Semua game aku nak main kan? HAHAHAHA! Bia la kan,,last sem.. bila lagi nak juin semua benda alah macam nie. Nasib baik bowling takde je. Tidak bowling pun aku sebat! #bowling Segamat tengelam,rosak abis.. T.T

Selasa, 24 Januari 2012

HARI BERSAMA MASTERCHEF

Wahhh….dengan bangganya kalau dapat bersama MASTERCHEF kan? Terutama JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA macam diorang nie…


"Maaf,aku lebih suka musim pertama" (^_^)v

AWESOME kot! Walaupun masih muda,macam professional je..kalau nak bandingkan dengan hangpa semua… aku tak, aku lagi AWESOME dari depa semua… kalau tak percaya,jom bersama MASTERCHEF AWIEKASHI… ZasssssSSs!!!! =)

Krik².. Aktiviti memasak apabila rumah tiada orang,,,maka dengan keterpaksaan dengan keadaan perut sudah berada seperti di tempat berhimpunnya “GIG” mahupun seperti lagu techno “oh…yeahhhh!” tariklah peti ais. Maka terjumpanya..

DAIM!!!! Nyum!nyum!



selak² nampak pulak ikan,sayur…wah…jalan dia la nie… so,bermulanya MASTERCHEF di jurikan oleh diri sendiri… HAHAHAHA!


Ok,persiang ikan dulu macam biasa…"kebersihan di utamakan..."

Salutkan pulak dengan rempah kunyit & garam secukup rasa..”wah…macam chef wan pulak..”hahaha…#nak muntah silakan..ngee


Ok,,panaskan api dulu,biarkan minyak sehingga panas..betul kan?#'cik wawa' 

Baru masukkan ikan tadi...

Biarkan ia ranggup seperti crispy,baru la AWSOME utk di makan...
#maaf,sampai sini je,,,lupa lak nak amik gambar masa siap...terlalu lapar...dah abis baru igt..yang pasti aku makan dengan sayur goreng,ikan tu aku buat kuah sos black pepper + cili..

Tak lupa jugak air Blackcurrent + Banana Blend aku... =)
sedap Oo...hangpa try buat,jgn lupa blend dengan susu tau..baru ada rasa.. guna gula pun boleh..
#ini adalah aktiviti semasa kena tggal dgn family... 


SEKIAN SAJA DARI MASTERCHEF AWIEKASHI. 


Selasa, 10 Januari 2012

BAUCER IPT RM 200


MYCampus sekarang di penuhi orang bukan di student center lagi, tapi di PEJABAT BENDAHARI UiTM JOHOR ($_$) tempat selalu aku naik turun..maklum la.. cek nie kan gila DUIT. Apa-apa cikit mesti DUIT. Sampai kenkadang tu mimpi DUIT. Dah yang tu je keja aku.. Huhu..yang paham tu paham la ye..yang tak paham hangpa buat-buat tak paham.. tak payah nak susah-susah buat-buat paham..

*maaf aku memang suka berbelit-belit nie. Bak kata orang jumpa paria & ular sawa,bunuh paria. Jangan bunuh aku..hehe takda kena mengena pongggg…

Memandangkan hari nie merupakan hari ke-2 pemberian BAUCER 1MALAYSIA RM200, aku kuar pergi bersama kawan-kawan aku lepas kelas pukul 2 petang. Perghh…memang jalan dia la.. takda orang pun lagi. Kami je yang ada.

*dah semua orang gi kelas kul2, memang la takda. Ce try pagi tadi. Sanggup beratur berak kat situ..

HAHAHA… agak-agak apa yang aku nak beli dengan baucer nie.. aku cadang nak beli kalkulator baru,sebab kalkulator aku kan kena kidnap sem lepas. Sekarang aku sekadar menagih kasih bersama rumate aku je kalkulator T.T

QUIZ AWIEKASHI : Listkan no.baucer aku untuk 4 baucer nie…cepat!

Terima kasih kerana skrol down terus & yang membaca… walaupun tak nak baca,sanggup bukak jugak BELOG AWIEKASHI. ^_^

Ahad, 8 Januari 2012

HADIAH UNTUK PEMBACA BELOG AWIEKASHI

Sekian lama tak hapdet belog, cek nak mula semula penulisan di awal tahun ini. *krik²…awaltahun ke? Dah macam tengah bulan je.. 0.o’ biaq pi la kan.. hahaha…

Mungkin entri kali nie pendek dan ringkas… yang penting, dalam setiap entri kali nie akan menguntungkan pada pembaca belog BUDAK KAMPUS nie.. HAHAHAHA!

Selalulah jenguk² belog cek nie ye…hangpa jangan rasa pelik… sekali lagi cek nak cakap..akan menguntungkan hangpa! Serious!! Cek tak main² dengan hangpa tau dak.. =)




"CLUE - berada dalam setiap entri yang di tulis...."

#jawapannya entri² akan datang…mai,jangan tak mai… huhuhuhu ;)

Ahad, 25 Disember 2011

Mitos & Fakta Cekelat

"KALAU MALAS BACA ENTRI NIE, TOLONG KLIK tanda   X   SEBELAH KANAN ATAS"

SUMBER : HARIAN METRO


Mengapa ramai orang suka makan cekelat? Sudah tentu depa sukakan rasanya..SEDAP kan? Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini (fooiyoo dunia kot). Marilah kita lihat sejauh mana kebenaran ini.

MITOS:
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.


FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium-9%;Riboflavin-9;Protein-6%;Zat Besi-3%;Vitamin A- 2.4%;Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS:
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.

FAKTA:
Kajian yang dijalankan di Michigan State Universiti menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain-lain konfeksyen.
MITOS:
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. Cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg;1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS:
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA:
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.
MITOS:
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA:
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan 44 milligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligramsbagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat(lebih kurang 50-1.5auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS:
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA:
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein


#muka mintak pelempang! :P


P/S: MACAM BIASALAH KALAU BALIK LANGKAWI, MUKA NIE ORANG COP COKLAT! TAKPE DEMI KAWAN-KAWAN.. ;) 

Jumaat, 23 Disember 2011

Mana Student UiTM Segamat?

Krik…krik²… krik²… *kedengaran bunyi cengkerik di malam hari… Bapak gila bosan dok sorang terperuk kat sini… lepas tu, member² asyik cakap “pasal banjir”… lagi la aku terasa bosan yang teramat…. Entah kenapa la nasib aku nie macam nie… Sabo jela… ada sebab musabab kot! Tawakal je..




Usyalah tengok aku kat luar tingkap nie haa… nampak gelang kod badminton kosong,futsal pun kosong..tidak tiap² malam ada orang je.. malam nie terus takde…dah sampai rumah bising lak tu… krik² betul depa nie… Diam² sudah.. buat aku jeles tahap kritikal je..

MAK!!!! Cekk nak balik!!!!!
#tapi tiket bas hari ahad!

Apa lagi , dah tak tahu nak buat apa… mula la buat keja gila… Aku usya tengok POKE kat FB terus balas semua yang ada dalam 500++ tu…sebelum nie poke ubah nak kenaklik YES bagai..malas lah..sekarang sekali klik je..effesien n efektif la MAkzeBEkkkk nie.. HAHAHAHA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...