LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Ahad, 25 Disember 2011

Mitos & Fakta Cekelat

"KALAU MALAS BACA ENTRI NIE, TOLONG KLIK tanda   X   SEBELAH KANAN ATAS"

SUMBER : HARIAN METRO


Mengapa ramai orang suka makan cekelat? Sudah tentu depa sukakan rasanya..SEDAP kan? Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini (fooiyoo dunia kot). Marilah kita lihat sejauh mana kebenaran ini.

MITOS:
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.


FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium-9%;Riboflavin-9;Protein-6%;Zat Besi-3%;Vitamin A- 2.4%;Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS:
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.

FAKTA:
Kajian yang dijalankan di Michigan State Universiti menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain-lain konfeksyen.
MITOS:
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. Cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg;1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS:
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA:
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.
MITOS:
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA:
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan 44 milligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligramsbagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat(lebih kurang 50-1.5auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS:
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA:
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein


#muka mintak pelempang! :P


P/S: MACAM BIASALAH KALAU BALIK LANGKAWI, MUKA NIE ORANG COP COKLAT! TAKPE DEMI KAWAN-KAWAN.. ;) 

Jumaat, 23 Disember 2011

Mana Student UiTM Segamat?

Krik…krik²… krik²… *kedengaran bunyi cengkerik di malam hari… Bapak gila bosan dok sorang terperuk kat sini… lepas tu, member² asyik cakap “pasal banjir”… lagi la aku terasa bosan yang teramat…. Entah kenapa la nasib aku nie macam nie… Sabo jela… ada sebab musabab kot! Tawakal je..




Usyalah tengok aku kat luar tingkap nie haa… nampak gelang kod badminton kosong,futsal pun kosong..tidak tiap² malam ada orang je.. malam nie terus takde…dah sampai rumah bising lak tu… krik² betul depa nie… Diam² sudah.. buat aku jeles tahap kritikal je..

MAK!!!! Cekk nak balik!!!!!
#tapi tiket bas hari ahad!

Apa lagi , dah tak tahu nak buat apa… mula la buat keja gila… Aku usya tengok POKE kat FB terus balas semua yang ada dalam 500++ tu…sebelum nie poke ubah nak kenaklik YES bagai..malas lah..sekarang sekali klik je..effesien n efektif la MAkzeBEkkkk nie.. HAHAHAHA!

Ahad, 18 Disember 2011

Kau Nak graduate bila???

TARIKH AKHIR BAYAR YURAN & GUGUR TARAF 22/12/2011

Barangsiapa baik hati,tolonglah bayarkan yuran akademik untuk saya... T.T

Rabu, 14 Disember 2011

Wordless Wednesday ( Daulat Tuanku)

SESETENGAH ORANG TIDAK TAHU CANSELOR UiTM ADALAH YANG DI-PERTUAN AGONG


TERIMA KASIH TUANKU SEBAGAI CANSELOR UiTM Di RAJA



CANSELOR BARU KAMI TUANKU SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH


DAULAT TUANKU

Sabtu, 10 Disember 2011

Tutorial Origami Bunga Rose Cikgu Saya & My Sista! (^_^)v

Step 1 : Lipatkan kertas kasi jadi empat segi sama macam nie..kalau lebih potong je...

 Lepas tu, dengan adanya bekas atau tanda lipatan tadi, kasi jadi macam nie..

 Ok...terbalikkan dan lipat sedemikian...

 Lipatkan juga sama seperti yang di belakang...
Ok,done?? 

 Kembangkan utk yang di sebelah kanan dan kiri...

 terbalikan kembali utk membuat lipat terakhir seperti gambar yang ke-3

 lakukan seperti gambar di atas,jangan kompius, lipatan hendaklah di masukkan ke dalamnya..

 Lakukan juga sama seperti tadi depan dan belakang...

 Kembangkan setelah siap,dan tiupkan di bahagian bawah...
#arahan : if kertas besar sewaktu buat 4 segi sama tadi mudah utk kembung,if kertas kecil, anda perlu tekan sedikit di bahagian lubang tersebut agar mudah untuk di tiup...

 Dan ianya akan menjadi begini..

 Kopekkan sedikit kuntumnya agar seperti sedang mekar...

 Cari kertas warna bersesuaian utk membuat batangnya... 

 Akhir sekali masukan batangnya di bahagian tiup tadi... Dan SIAP!
#cikgu saya ajar sampai sini je.. kalau nak kasi cantik lagi...buat daun sendiri... saya baru create sendiri baru-baru ini untuk my lecturer,atas pemintaannya... ^.^ sweet tak? huhu...tergoda di buatnya...

 If,nak buat jugak...lipatkan seperti membahagikan empat... 

 terbalikkan ke belakang dan lipatkan di bahagian atas...

 Bentukkan seperti ikan agar bahagian ekor itu mudah untuk di salatepkan dengan batangnya.. 

 kedudukannya seperti ini... lakukan 2 kali utk 2 helai daun...

Taraaaa....inilah HASILNYA!!
SELAMAT MENCUBA!

#berikan pada kekasih mahupun sahabat ANDA dengan seikhlasnya! ;)

Kreativiti Pemangkin Minda Cergas ^^.

Yoo…yooo….what’s up! Lama tak hapdet rite? HAHAHA! Biasalah…bakal jadi PM macam nie lah… *muka macam nie nak jadi PM?? Ohhhhhhhhhhh….D...rite! hehe…ngee =)

Okay…berpandukan dengan tajuk entri yang cek tulis, memandangkan tak dak gheja.. cek buat origami… Semoga anda pun boleh tiru “AKSIini sebagai penghapus boring ANDA… sangat awesome! Kalau tak tahu..search la google ye… senang je… Boleh la create cikit otak hangpa dari tak berfungsi,bak kata orang boh cikit minyak pelincin!!! ^^.

 
Tengok gua buat apa?? Awesome kan???


Dan hasilnya,cek tak perlu siram pokok bunga cek tiap-tiap hari…huhuhu….
Siap berbintang-bintang lagi tu… awesome teramat!
SELAMAT MENCUBA!
(^_^)v

Ahad, 4 Disember 2011

Cita-cita tak kesampaian

Hey, Entry kali nie aku rasa amat terkilan, apabila waktu sekolah rendah, aku bercita-cita nak menjadi seorang DRIVER, bukan DRIVER kereta, kalau DRIVER kereta memang dah tercapai pun… Tapi aku bercita-cita ingin jadi seorang DRIVER Kapal Terbang mahupun parajurit! :’)

Tapi,nak buat cam mana kan? Belajar fizik ,kimia tak score. Trial je SPM je dapat A, bila SPM betul macam haram… #over macam terer dah, ingat boleh dapat A untuk SPM… Padan muka aku,dapat Cash! >.<

Di pendek kan cerita, orang berpusu-pusu pergi ke Langkawi sekarang, aku terpaksa wat dunno je sekarang kat kampus. Kawan kampus aku siap dah booking tiket flight lagi pergi sana. Kalau hangpa nak tahu, LIMA lagi bapa hari je nak start! #aku tahu,hangpa tak tau LIMA nie.. bukan “5” tau dak! Tapi Langkawi International Maritime Airport.. semua pasai Air Show & Maritime punya show.. Sumpah best…! Ok,aku amat jeles pada kawan-kawan yang post pasai LIMA kat FB…!

Aku malas nak cerita panjang… usya gambar nie sudah… :’(


Royal Air Force dari Britian

Lebih di kenali sebagai Red Arrow

The Best Air Show Team

Always like Cool...

Pertembungan persilangan yang amat bahaya dan menarik.. #cantik giler beb!

Yang nie lagi sekali...

Partner Skills..

The lastest coming LIMA 2009 # sayap dia boleh bukak & tutup...sangat awesome!

Single air Show

Ini saja je ... nak kasi nampak Jalur Gemilang tu..baru terbaik! ;)

Tak dapatlah aku rasa lagi kat rumah yang sentiasa ada jet berterbangan di atas langit selalu.. #kalau kat sini kawan-kawan aku takut nak mampus macam nak kena bom,tapi aku dah terbiasa benda alah tu... *ok,sempat lagi aku nak belagak kan... hambikkk!


OrgLangkawiYgTakDptTgkLIMA,
Awiekashi :'(



Jumaat, 2 Disember 2011

Ombak Sudah Membanjiri

Lari…lari…lari….kehadirin “ombak” yang telah membanjiri Disember ini. Ada yang menangis-nangis bersama keluarga mahupun balak atau cikaro masing-masing. Mana tak nyer, Ombak kali nie lebih hebat dari “Setan” yang hadir pada tahun lepas.



Okay,aku tak pandai buat suspen langsung. Straight to point, OMBAK RINDU adalah novel yang terlaris di pasaran. Pada malam semalam, bersamaan 1 Disember 2011, memang banjir satu pawagam dengan tangisan yang di lempar, dan di curahkan oleh para penonton sehingga ada yang sawan B*** kerana telah merasai kesedihan yang terjadi, *jap,sebenarnya dia adalah pelakon utama,akibat penyakitnya dia telah mengantikan Aaron Aziz..oh..tersangat-sangat keciann…ala..busuk..busuk… #melebih lak aku nie…


Aaron Aziz sebagai Hariz ”Okay,Inilah gambar termacho aku…”-Hasil temu ramah -.-


Maya Karin sebagai Izzah “Cutenyer saya…that why lah saya jadi heroin daripada Lisa..”


Lisa Surihani sebagai Mila “takpe lah..asyik aku je jd heroin,kali nie aku pas la orang lain 
pulak,,tapi aku tetap buat-buat comel macam biasa walaupun tak pandai jadi jahat..”

Persoalannya sekarang,goyangkah percintaan antara Hariz dan Izzah dengan kehadiran Mila? Aku pun kurang pasti sebab belum tgk lagi,adakah sama seperti novel yang akak aku baca itu? Adakah betul cerita ini gempak??? Jeng..jeng..jeng… Yang pasti anda akan mengalir air mata menonton cerita ini,sebab aku dengar cerita dari akak aku pun sedih sampai menitis air mata. *tak payah nak hina aku,aku hanya insan biasa yang boleh mendalami dan menyelami sifat itu…#okay,sangat poyo.

Selamat Menonton!
Gua teringin nak gi tengok, siapa nak teman?! Aku belanja.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...