LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Ahad, 1 Oktober 2017

Throwback lovely friends

Lama rasanya tak menaip. Instagram menghantui dan menutupi segala yang ada pada blog. HAHAHA! Tapi tetap rasa rindu kat blog yang boleh cerita masalah hang ataupun hari-hari happiness hang. HAHAHA! poyo sangat la kan.. Happiness la sangat. bwuekk! :p


So, gambar first ni taksilap dalam 2010, rasanya inilah semester 2 aku kat segamat. Ni la budak kelas aku. Rasanya sorang ja budak laki yang takdak dalam kelas ni. sebab dia poyo, bajet baik. HAHAHAHA! Nama takleh di mention kan. Pandai-pandai la hang tengok kat gambaq bawah nanti. Yang bestnya kami boleh outing/overnight sekali sampai habis sem. brotherhood gila zaman diploma. RINDU WEI FAHAM TAK!!! T.T


Ha, tengok la gambaq laki mana yang takda. Dalam ni terlebih dua sebab sorang lagi dia yang amik gambaq. HIHI. almaklumlah. Ini gambaq kelas. orang suruh pakai formal. Aku masa ni baru bangun tidoq, ada kelas. aku main sebat seluaq jeans. HAHAHA! lantak la.. gambaq kelas dah la aku yg dok tengah. dengan kasut futsal.. rare tak rare tlah laaaa... HAHAHAHA!


 This one baju kelas kos kami. Quasar means Quantitative Associate bahasa mudah Kelab matematik la cheq oi. HAHAHA! sebab amik nama atas nama course Diploma Quantitative Science. Sekarang dah ubah nama Diploma Matematik tak silap aku. Dan baju kami terkenal dengan panggilan Astromennn tarooo.. yeeahaa!

Gambar dinner sem 2 jugak silap aku. Tema black & White Masquarade night. Entah pi mana habis topeng Krish & zoro depa entah. HAHAHA! time ni aku jadi pengacara majlis. so terpaksa pakai formal takleh melaram. Just be cool & relaks.


Tengok balik gambar ni lawak juga. Kelas cancel terus keluaq g bandar segamat boleh main bowling bagai.. Badan penat tapi dengan kawan hilang semua tu. Fikir untuk happykan diri ja. Sebab takpernah ada orang untuk jaga hati. HAHAHAHAHAHAHAHAAHA! Tapi sekarang dengan crush pun rasa macam diri ini terseksa. hihi. Takpalah. Ada jodoh tak ke mana. Tapi yang gambar kiri tu dah kawen. Jodoh dia dah sampai. Tahniah kawan! siap bercuti kat sabah lagi honeymoon! aku kat langkawi ja honey selama 26 tahun. HAHAHAHA!


Dan ini aku rasa kawan sehidup semati aku. Sampai sekarang pun masih bersama. dia kat MRSM langkawi & aku kat Kolej Komuniti Langkawi. Nak main futsal roger dia mesti sampai. Senang. Mintak tolong pun ringan tulang. Tak tolong dia rasa bersalah gila kot. Hihi. Yang sorang lagi blkg tu kat MIMOS penang. lama jugak la tak jumpa. tapi still contact. Dia busy. Programmer berjaya. & fyi kami ni jela jejaka dari utara yang ada kat segamat untuk kos maths ni. balik naik bas 12 jam macam biasa. mereput!!! Dengar lagu raya meleleh air mata.



Gambar paling AWESOME! pergi kelas semua pakai baju raya. sebab cuti raya masa ni seminggu ja. ada yang bawa kuih rasa masuk kelas. So, raya dalam makmal computer la walaupun kelas C++ or QMT sekali pun. Hihi


Seringgit pun di kira duit raya tau... Hang apa tau... Walaupun muka tak cukup tido dengan eyebag 4 kilo setengah. hihi

Banyak lagi nak cerita tapi setakat ni jela. Orang pun bukan bukak blog aku dah. Aku typing untuk diri sendiri jela kot.. :D

Selasa, 13 Jun 2017

ALONE





Hidup ni kenkadang perlu jugak berseorangan. Tak semua orang sekeliling boleh bantu apa yang berlaku. Tak semua orang berada dalam situasi yang sama. They're have own life. gittuuu. Bukannya nak cerita sedih. Ataupun raih simpati. Sebab kita sendiri yang sanggup pendam seorang diri. But, realiti bukan seorang diri. Kita ada DIA, sedang uji sejauh mana sabar kita.


Cuba pejam mata,seorang diri kenkadang buat kita fikir sapa yang akan datang bantu kita, samada kita sendiri yang mengubah corak hidup untuk lebih happiness bak kata orang putih. Simple lagi, sorang-sorang pun boleh cari soul yang hilang. Boleh fikir mana silap kita. Perbetulkan yang salah bukan cari salah orang. Mak aku selalu pesan, "hang salah ataupun dak sekali pun tetap cakap mintak maaf kat orang". Jangan terlalu pendam dan ego diri tu menang.


Dengan kata lain, sabarlah selagi boleh sabar. Insyaallah ada di depan yang lebih bersinar. Tapi always kena ingat untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Sekali yang mai takkan sama yang pergi. HARGAI

Selasa, 30 Mei 2017

Aku yang dilema

Salam ramadhan kareem.


sat ja dah masuk 4 ramadhan.. rasa macam baru ja sari dua puasa. Bukannya apa, masa tu terlalu singkat. Dalam tak sedaq budak dah nak exam. Aku cuma mengira detik yang pasti agak sukar tengok gelagat depa lagi. Setiap batch ada specialnya masing-masing. Sejujurnya aku akan rindu. Rindu yang panjang. *ecececeee...bajet je kan? HAHAHA!

by the way, banyak benda yang aku tempoh dalam tak sedar. Datang masalah dalam family. Masalah kawan-kawan. Dan aku faham, orang pun selalu cakap Allah takkan timpakan musibah kepada seseorang itu dengan kemampuannya. aku redho kalau berlaku apa pun. Harap aku terus kekalkan keimanan aku.

HARAP DALAM BERKAWAN BIARLAH JUJUR. 
HARAP DALAM KELUARGA BIARLAH BERTOLAK ANSUR.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA BERKAT.

Khamis, 23 Mac 2017

WELCOME TO LIMA17

hai guys, may Allah bless you.




Pinjam jet sat na Trump!

 Tu tengah ada airshow soviet Russian Air Force... bederau resdung keluaq dari telinga woi...

jumpa kawan lama dah jadi pilot singapore Air Force dah.. Jumpa lagi geng!


 Ni ada jualan murah.. sapa nak masuk cepat.. tidak habis...

 Sapa pernah tengoh Fast Furious 7? ha jom terjung sama-sama... HAHAHA!

 Nantikan Filem baru akan ditayangkan..


 sedikit exhibition ada dalam dewan aku tunjuk..

 prototype pun dah gempak wei! harey sungguh..

 nak beli satu letak belakang rumah.. kalau depan rumah depa suka amik gambaq...

 Cita-cita lama terkubur sebab tak berapa nak pandai...

so, layan simulator parasuit dulu.. HAHAHAHA!

 Kau hadooo???
;)

Dah nanti aku post lagi.. follow instagram aku la senang...


amriothmann

Isnin, 20 Mac 2017

thanks let me know you for a second


Hembusan angin meniup wajah alamMataku tak berkedip menatap langitTerlalu luas tak bertepi pandangBisakah aku menyentuh awan

Berwaktu-waktu aku mengasuh rasaMendengarkan jiwaku berkata-kataTak mungkin aku abaikan kata hatiKu harus jujur pada hatiku

Kau dan aku tak bisa bersamaBagai syair lagu tak beriramaSelamat tinggal kenangan dengankuSenyumku melepaskan kau pergi

Engkau bukanlah sebuah kesalahanTak pernah aku menyesal mengenalmuTapi biarkanlah aku terbang bebasMencari cinta sejati

Berwaktu-waktu aku mengasuh rasaMendengarkan jiwaku berkata-kataTak mungkin aku abaikan kata hatiKu harus jujur pada hatiku

Kau dan aku tak bisa bersamaBagai syair lagu tak beriramaSelamat tinggal kenangan dengankuSenyumku melepaskan kau pergi

Kau dan aku tak bisa bersamaBagai syair lagu tak beriramaSelamat tinggal kenangan dengankuSenyumku melepaskan kau pergi

Kau dan aku tak bisa bersamaBagai syair lagu tak beriramaSelamat tinggal kenangan dengankuSenyumku melepaskan kau pergi

Rabu, 22 Februari 2017

Ku jaga jodoh orang lirik

"Ku jaga jodoh orang"
Lagu/lirik: Dzul Affandi Roslan


Tak pernahku
Terduga begitu
Akhirnya kau pergi
Meninggalkan diriku
Setelah sekian lama
Cinta kita bina
Musnah disebabkan orang yang ketiga...
Tidak pernah ku sangka
Kau hancurkan segala janji kita bersama
Apa salahku pada dirimu?
Air mata
Peneman setia
Kenangan yang lama menggamit di mindaku
Hanya doa
Mampu ku luahkan
Agar kau bahagia di samping dirinya....
Chorus
Tidak pernah ku sangka
Kau hancurkan segala janji kita bersama
Apakah salahku?
Kau buat aku begitu??
**Selama ini ku jaga jodoh orang lain
Ku harapkan kau bahagia bersamanya
Aku akan pergi..
Membawa cintaku pergi.. yang musnah...
Ulang chorus
Ulang ** 2 kali
Yang musnah x4

Isnin, 20 Februari 2017

Macam mana nak erat hubungan staff

Hai semua,
Sorry takda masa nak layan belog. HAHAHA! almaklumlah.. sejak wujudnya Instagram terus lupa kat belog. Kalau yang masih kental sayang ketat-ketat kat belog ni gua respect namati! seriously hangpa memang power! aku pun sebab bosan sangat taktahu buat apa baru nak rasa karang karangan UPSR ni. HIHIHI! :)

Ha, ni nak kongsi sikit tips-tips yang boleh hangpa rasa kasih sayang and kenal team staff dalam company or pape office walaupun jarang jumpa hangpa boleh kenal perangai masing-masing.

Ha, ni Encik Marzuki TPP baru LTA dok terang game

Sebennaqnya sukan adalah satu cara untuk kita ikatkan hubungan antara sesama manusia. Sungguh! kalau tak percaya hangpa try pi krusus tengok.. Hangpa kenai time tu ja la. Mana nak kenai dah. Sukan ni kalau hangpa tengok bola sepak ka badminton ka. Dari takpernah tengoq sapa boleh jadi kawan baik kerana SATU SUKAN! Bila jumpa mesti cakap "Hang yang aku jumpa kt Stadium hari tu kan??" pergh.. Aku dah pernah rasa semua ni beb! seriously! Dari politik pompang-pompang hang boleh jadi kawan baik. seriously aku tak mohong hangpa!

Ni team selalu sembang kencang, tapi nombor last! HAHAHA! sorry

Ni pulak team kuat makan. asalkan ada makanan di sediakan depa dulu sauk!

Hidup ni nak orang kenal kita senang ja. Jadilah diri sendiri. bak kata pepatah mat salleh "Be Yourself". Aku keluaqkan pepatah mat salleh takut orang takpaham. La ni semua jenih cakap Mat salleh susah jugak. Hihihi :D Chill lah.

Ni team Takpernah memang game. Tapi kali ni bertemu kami. So, kami bagi menang lah.. kesian pulak XD


Ni mamat paling kacak! Dia always jadi harapan Team untuk semua game. Bak kata pepatah orang melayu "He always a great person!"

Eh, salah pepatah ek? HAHAHAHA! takpa-takpa. Dia memang dah macam tu. Sebab tu masa undian kumpulan semua berharap dapat dia. Dah la main bola jaring pun buat score luaq kawasan bulatan. power baqhang!


Yang ni geng gorjes! depa ni kenkadang outing pun takpernah tinggai member. Memang tiap muka mesti ada. Tapi takpernah pun ajak kami keluaq. HAHAHA! maklumlah semua dah berpunya. Dah kawen, ada yang dah nak kawen bulan 3 ni. So, moga kekal sampia ke jannah lah. Macam lagu Farah Farhanah! *joget-joget sikit. :)



Khamis, 12 Januari 2017

NASIHAT PADA DIRI

Alhamdullillah semua berjalan lancar program.

Nak di kirakan kenangan, seminit yang lepas jugak adalah kenangan. Apa yang perlu kita tanam pada diri adalah terus hidup macam biasa dengan semangat dan azam yang kuat dalam diri. Manusia takda lari daripada masalah. Masalah sentiasa datang. Cuma cara untuk atasi je pelbagai mengikut individu masing-masing.



sesi mengasingkan pelajar

Aku bukan seorang yang sukses. Bukan jugak seorang yang baik. Kalau nak di kirakan jahat, ada jahatnya. Walaupun bermacam-macam aku pegang jawatan, Nampak je muka baik. Tapi hanya aku yang tahu.. HAHAHAHAHA! *gelak jahat


Baik kan budak-budak ni. Diam je

Selepas je kenalkan beberapa orang "fasi" la lebih kurang. Aku bawa student LTA sendiri. Mungkin ada yang dah biasa dengan situasi ni. Ada jugak yang belum pernah jadi fasi. But, alhamdulillah depa buat very well. Thanks guys! you're awesome! Insyaallah suatu hari nanti hangpa pun boleh kongsi saat manis kenangan yang hangpa takkan lupa pada sekolah yang mendidik hangpa menjadi orang yang sukses!

Mai menari hokey pokey dulu sebelum mula!

fasi pun macam student. HAHAHA!

Saat buat Hokey pokey & fokus number ni, aku teringat sangat aku handle Minggu Destini Siswa. Kenangan manis sentiasa terukir di dalam hati. Takda semanis kenangan lagi melainkan UiTM. Sebab tu mai bagi talk pun pakai baju UiTM. Sebab dia membawa aku semangat yang lain. Color purple always make me smile & think about UiTM.

 sedikit perkongsian pelajar mengenai ibubapa dalam sesi mengenali diri


 Bukan mudah seseorang itu menceritakan saat perih duka hidup untuk berkongsi saat manis dan pahit itu. Ada jugak yang tidak dapat melihat Ibubapa yang telah tiada. Memang niat di hati aku minta depa lukis muka mak ayah dalam kertas A4 tu untuk depa rasa berbangga ada dua insan yang menjadi tulang belakang keluarga. Tiada mak ayah siapalah kita. Biar depa faham susah payah keluarga untuk mencari rezeki walaupun hanya RM 1 untuk sara hidup depa. 

 sesi mencari positif diri


One of student yang volunteer kongsi kisah hidup fasi untuk lebih berjaya.

stay strong! setiap orang ada masalah. Jangan biar masalah kawal hidup kita! please, ingat tu...

santa indahouse! sebab rambut serabai kena kipas 

Terima kasih atas jemputan. Maaf sebab kali menolak permintaan untuk memberi talk kepada sekolah. Sebagai Alumni SMK Kedawang, saya harap SMKKD akan terus membina nama di mata masyarakat. Biar sekolah menengah biasa sekali pun jika di bandingkan MRSM, SBP, SMS sekalipun. Ilmu itu sentiasa ada di mana-mana. Dengan semangat usaha untuk mengubah kehidupan keluarga niat kerana Allah insyaallah rezeki itu akan datang. Sama ada cepat atau lambat. Insyaallah. Teruskan berdoa, sentiasa bertawakal. Kejayaan pasti akan tercapai.

Sincerely,
AMRI OTHMAN
Alumni SMK KEDAWANG 04'-08'

Isnin, 9 Januari 2017

Kenapa belum berpunya?

Soalan yang senantiasa di soal.

Untuk pengetahuan semua, SETIA itu mahal. Tak ramai orang boleh membeli dia. SAYANG tu murah. Setiap orang boleh ungkapnya. Bagi aku memang dalam lumrah kita akan rasa kasih dan sayang pada seseorang yang kita kenal walaupun dengan senyuman. Kenkadang senyuman tu boleh bawa menusuk dalam hati yang kosong yang sudah lama  tak di isi dengan perasaan suka akan seorang yang bergelar perempuan@wanita.

Jujur aku cakap, hati aku dah lama tertutup. Sekian lama. Pedihnya,lukanya, sangat sakit. Aku takut, aku takut benda berulang. Hati bukan senang untuk di jaga. Dalam hubungan cinta setiap orang perlu di jaga. Terutamanya kawan, bila kau frust, kawan la jadi tempat kau meluahkan perasaan. Dan bila kau happy happy lupa dia. Itu salah. JANGAN LUPA KAWAN.

Hari ni aku terserempak dengan junior dari UiTM Segamat dalam ferry balik langkawi.
"Eh, macam kenal?"
"Err.. UiTM segamat ke?"- sebab kalau orang luar aku tak pernah jumpa cakap kenal mesti UiTMJ.
"Yela.. abang amri kan?"
"Ha..aa.. macam mana kenal?" -dalam hati budak uitm la ni
"Abg MPP sapa tak kenalkannnn.."
"Hehe.. dah berapa dah ha tinggal UiTM Segamat..ingat lagi ye.."
"Mestilah, abg MPP yang baik kot, mestilah ramai kenal.. "
"Hahaha.. baiklah sangat.."
"Tengok kat fb ramai kawan-kawan abang dah kahwin, abang bila?"
"Jodoh diorang awal, abang tak hensem macam diorang"
"Yela tu abang, "

So, sembang punya sembang kahwin jugak soalan dia tanya. So, tak terputus situ la. Dia pun sebab main redah dengan family datang cuti sini DM fb tanya homestay area chenang. Dah dapat agaknya, takda whatsapp pun. 😂😂😂

P/s:" ada jodoh tak ke mana?" said NSR. Yela, mak dengan ayah pun beza 7 tahun. Ayah 1951, mak 1958. But, dah jodoh tu memang tak ke mana. I'm try to let go the Jodoh far away from myself. 😭😭😭😭

J.O.D.O.H

Ahad, 1 Januari 2017

2017




Assalamualaikum pembuka tirai baru untuk tahun 2017

Sungguh berat meninggalkan sisa 2016 yang agak perih di hujungnya. Seolah datang panah terus tusuk ke dada.. Datangnya api pedih di tangan. Tapi itulah lumrah dalam kehidupan.


Setiap orang berdoa sentiasa terus kuatkan diri kuatkan semangat dalam menempuh tahun yang lebih mencabar. Suka aku ungkapkan. Mungkin sebelum ni aku suka ceritakan hal yang agak cliche & happy go lucky.

Pendek cerita rasa masa cepat masa berlalu. I have know someone but baru lagi rasanya. Kenal dah lama. Tapi baru tegur dalam bulan dobelas ni kot. Tu pun dari Instagram tegur at the same time dia culinary arts student. Aku suka cara dia, friendly, boleh masuk air, macam-macam lagilah. Dia kenkadang blur jugak. Hehe. Tapi comel. I called her as "teacher" sebab dia suka mengajar teknik pelbagai. comel dan lawak.

Aku faham as student always ada assignment, layan kerenah kenkawan. Kang tinggal merajuk. paham-paham la gegirl. Depa kalau ada kawan sorang itu lah bestfriend dia itulah teman dia kemana saja pun. itu realiti, takleh dinafikan.

Dalam bulan dobelas jugak lah adik aku dah berumah tangga dan di adakan majlis kat rumah. Aku jemput dia datang. Rasanya baru sangat kenal & dia pun macam okay dengan aku. Dan aku faham dia seorang yang agak sensetif, Manja dengan family. Always rindu kat family. Sama la aku pun. Tidak dah keluar Langkawi ni. HEHE! family is everything okayssz!

2017 mungkin penyambung cerita aku di belog. Thanks sesiapa yang selalu baca belog aku yang bersawang serta sampah sarap merata ni. Rindu berbelog. Eh, the name that she is NSR. macam NSR record kan? hihi.. memang pun >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...