LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Sabtu, 27 Oktober 2012

Ibadah Korban(Short Story)



10 zulhijrah merupakan tarikh peringatan umat Islam menyahati peristiwa paling bersejarah mengenai “kurban “ oleh keluarga Nabi Ibrahim A.S. Bila di kaitkan Ibadah Korban ianya mencerita Nabi Ibrahim,Nabi Ismail, dan Siti Hajar. Menurut sejarah, Nabi Ibrahim mempunyai isteri pertama (Siti Sarah) yang sudah tua dan tidak dapat melahirkan anak. Siti Sarah `menghadiahkan' Siti Hajar seorang hamba kepada suaminya Nabi Ibrahim.

Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar untuk  meninggalkan Mesir dan menuju ke Mekah. Dalam perjalanan mereka menghadapi kesulitan dengan meredah padang pasir. Apabila sampai di Mekah Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar keseorangan sehingga melahirkan seorang anak yang dinamakan Ismail.

Surah as-Saffat ayat 102-107 bermaksud:

Maka tatkala anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ``Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: Maka fikirkanlah apa pendapatmu!'' Anaknya menjawab: ``Wahai bapaku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.''

``Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami). Serta kami menyerunya ``wahai Ibrahim!'' Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!'' Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata; dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.''

(tiap kali dalam khutbah aidiladha imam membacakan)

Di dalam kitab tafsir menceritakan bahawa Syaitan cuba menghasut Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar, lalu dilontar dengan batu, dan inilah yang dilakukan oleh mereka yang melakukan ibadat haji di mana melontar di ketiga-tiga jamrah adalah merupakan salah satu daripada perkara wajib haji.

(Teringat akan sewaktu aku mengerjakan ibadah haji semasa tingkatan 4 dahulu)

Ayatnya sesuai semasa rakan atau orang terkena gangguan syaitan, sehingga sekarang aku mengunakan ayat ini “ BIsmillahi allahu akbar rohmanlisyaitan, wahisbih”
Sebelum Nabi Ibrahim melakukan penyembelihan ke atas anaknya kerana perintah Allah, Nabi Ismail berpesan kepada ayahnya iaitu:



1- Ikatlah kedua-dua tangannya supaya ayahnya tidak terganggu.



2- Mukanya ditelengkupkan ke bumi supaya ayahandanya tidak dapat melihat wajahnya yang mungkin menimbulkan perasaan kasihan kepadanya.



3- Baju ayahnya diselakkan supaya tidak dilumuri oleh darah.



4- Tajamkan pisaumu dan cepatlah hiris ke leher supaya mudah mati.



5- Nabi Ismail menyuruh ayahnya membawa pulang bajunya untuk diberikan kepada ibunya sebagai kenangan.



6- Nabi Ismail menyampaikan salam kepada ibunya dan meminta ayahnya memujuk ibunya supaya beliau bersabar di atas perintah Allah s.w.t.



7- Nabi Ismail meminta supaya jangan menceritakan kepada ibunya bagaimana cara ayahnya menyembelih dan mengikat tangan.



8- Jangan biarkan kanak-kanak masuk ke rumah ibu supaya tidak bertambah kesedihannya.



9- Jika ayah berjumpa dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya, janganlah ayahnya memandang kepadanya supaya ayah tidak berkeluh kesah dan kesedihan.


Kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya sendiri, begitu juga isterinya Siti Hajar yang merelakan anaknya dikorbankan dan anaknya sendiri, Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan adalah menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai pengorbanan mereka bertiga yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana patuh dan taat kepada perintah Allah s.w.t.Sedangkan kita manusia sekadar berkorban demi cinta yang tidak ke mana.

Firman Allah surah al-Hajj ayat 37 bermaksud: Daging dan darah korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.

Dalam suasana Hari Raya Korban kita dituntut melakukan ibadat korban seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari Nahar (Hari Raya Haji) yang paling disukai oleh Allah selain daripada menyembelih korban.

Ternakan yang dikorban itu akan datang kepada mereka yang melakukannya pada hari Kiamat kelak seperti keadaan asalnya, iaitu lengkap dengan tanduknya, bulunya dan kukunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan oleh Allah sebelum dia jatuh ke bumi (iaitu pahalanya disegerakan oleh Allah) maka dengan sebab itu hendaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri kamu sendiri.

(SEKADAR PERKONGSIAN)

-JEMPUT DATANG RUMAH ESOK, AYAH SAYA BUAT KENDURI KORBAN KATRUMAH-


IKHLAS DARI,
AWIEKASHI

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kad Siswa 1Malaysia



Sebagai seorang siswazah yang melangkah ke alam Ijazah Sarjana Muda. Aku memerlukan sesuatu yang menguntungkan. Aku salah seorang yang tak pernah mengambil pinjaman PTPTN… atau orang ramai selalu ungkapkan PTPTipu… huhu… lantaklah kan…(saya Cuma ungkapkan,bukan mengutuk ye…harap maaf PTPTN) sesungguh PTPTN nie bagus, sekarang bila bentang bajet 2013 siap ada DISCOUNT lagi.. yang aku bengangnya pada orang tak berhati perut nie..pinjam nak,bayar tak nak.. sekeh sorang-sorang baru tahu… Entah pape je.. “orang pinjam duit kau RM15k,lepas tu kau cakap…takpe,aku hadiah je kat kau..” boleh macam tu?

(Cut..cut..cut…)kad siswa dah umum kuar pada minggu nie,tapi untuk pelajar baru takde… oh,,dalam hati (damn…buku mahal..macam mana nak beli tiket bas balik raya lagi…makkkk!!! T.T )

"Kad Siswa 1Malaysia takleh guna beli tiket bas ke? student memerlukan...terutamanya perjalanan jauh...tolong ye wahai kerajaan" =)

Bila di usya kembali,klik sana sini..pergi masuk website johor.uitm.edu.my pi klik bahagian bendahari Nampak satu pengumuman..



(Page ke 100 dari 110)


Rupanya kat siswa aku kat Segamat,kena ambil sendiri lak tu… lagi la kacau…nampaknya kena la tunggu nanti-nanti je… “kena jejak bumi segamat lagi ke”? tapi takde orang sudah…semua dah balik cuti semester. Yang ada student degree lah… hehe…
“Tolong hantar ke Shah Alam please……!“ (^_^)


Pape pun
I BE BACK BELOGGER!!

Selasa, 24 April 2012

eXtreme AcTiVities For My Holiday


Hello guys, long time no see ya..! hahaha…bajet omputeh la pula kan.. baru kena dengan tajuk entri aku kan? Ngee… So,cuti nie aku kat Langkawi je.. tak gi mana pun.. bercuti di tempat sendiri la katakan…. Huhu…

Let’s go to my imaging last night and night, night, night lepas.. hahaha… 3hari lepas kot, aku jadi juruatih kem Ewa..jaga “night walking” atau malam tu di beri nama “malam seribu bintang”…sangat AWESOME.. aku di kehendaki jaga check point ke-2. Wahh…checkpoint tu sangat seram..tanpa ada lampu langsung.
Situasi:
“hanya ada sinaran lampu dari kelip-kelip..kau bayangkan seumpama orang buta dalam hutan,tapi touchlight ada..tapi..tapi tak boleh guna..sebab nanti peserta Nampak la…sangat menyeramkan.. bunyi cengkerik,binatang lalu lalang..cahaya kat daun kering kat tanah,bintang pun banyak kat langit walaupun pokok tutupi pandangan langit… majoriti peserta yang terserempak dengan aku akan terkejut & menjerit.. ada yang pandang semacam pun ada..aku pulak jadi takut…ada yang menjerit,ada yang panggil ‘makkk…..!’ wah…sangat best… peserta dari kalangan IPG sultan Abdul Halim.. btw, aku balik rumah lepas tu around 4pagi..sangat best!

second actitivity,
mendaki gunung raya Langkawi,tapi ini bersama budak sekolah menengah ayer hangat, mungkin hangpa semua just tengok cte kat tv
PENUNGGU GUNUNG RAYA.. btw,crita tu di ambil nama gunung raya nie la.. Aku just gantikan akak aku as pegawai pengiring sebab my akak pergi khusus.. perjalanan bermula dari 8pagi.sampai kat puncak gunung dalam 12.15tengahari… wah..sangat memenatkan…dalam 12,000 kaki perjalanan… kami turun ikut TANGGA HELANG SERIBU KENANGAN.. bermula 1.30 – 5.00petang.. kaki aku bagai dah hilang… macam diri je bawa turun kat bawah… sampai sekarang masih rasa lagi…

Situasi:
“that was
AWESOME VIEW…! Nampak satu Langkawi… macam Cameron Highland pun ada… hehe… hangpa belum cuba belum tahu… pokok yang boleh di peluk searmai 6 orang,sangat besar..si kancil yang berlari seumpama rusa.. sangat comel..bunyi air sungai yang mengalir seperti dalam taman syurga..huhu…maaf terover cikit…let’s go la ke Langkawi.. kan aku penah cakap boleh je jadi “travel guide” hangpa… hahaha =)

 half yang nampak pekan Kuah..

 Padang matsirat,pantai chenang,Ulu melaka..

 Di menara Gunung Raya...

 Sesi penurun bermula 1.30 petang

 Tiba di tangga Heang Seribu Kenangan

sampai di bawah dengan selamat..."Lubok Semilang"...

Apa tunggu lagi…simpan duit banyak datang sini ye.. hehe… apa pulak aktiviti hangpa masa cuti macam nie? Sharing is caring… =)

Isnin, 2 April 2012

Surat Layang Buat Classmate

Salam kuhulurkan satu kenangan manis dari ingatan,
Wahai sahabat sekalian, ini bukan surat. Tapi ini sekadar kenangan kita bersama-sama sewaktu jejak kaki ke bumi segamat. Dulu, aku hanya sorang insan yang pendiam (tapi rasanya sampai skrg masih diam,ada cerita pape baru aku ceritakan? Kan? Kan? ) Tapi kali ini bukan aku nak ceritakan dari awal aku rempuh cabaran dari mulanya masuk UiTM. Tapi aku nak ceritakan pasal di akhiri kita bersama di UiTM Segamat ini.


31/03/2012: tarikh tamat tempoh aku sebagai MPP dan tarikh keramat kita bersama. Meriah dengan jeritkan paper exam terakhir selepas tamat,mengenang air mata mengalir,kerna sayang akat persahabatan. Aku tahu, aku sorang lelaki..tapi aku tidak boleh tahan dengan perpisahan kita ini. Sedangkan aku di utara, korang semua di selatan. Jauh jaraknya. Tangis aku bukan hanya sekadar air mata, tangis aku kerna akan sayang padamu sahabat perjuanganku. Terutama Aqim, Arif, Izzat syafiq, Bugad, kobi, sam, kecik, Hal, Asrat & gegerl semua (JCS1136C). Jika dikirakan dengan jari tak cukup 3 tahun kita bersama. Pendek rasanya. Kejap rasanya. Pilu rasanya. Tapi, harapan dan impian kita tak sama, yang sama hanyalah KEJAYAAN MASA DEPAN.

 (maafkan aku tinggal kau stdy sorg-sorg calculus) =')

(kau memang suka sangat tinggal note macam nie...tetiba aku rindu kau buat party gay)

Maaf sekali lagi aku hulurkan, semoga apa yang aku berikan setiap kali pulang dari Langkawi tak mencukupi buat korang semua. Cekelat maybe tak lagi korang dapat lepas nie.. Sebab majoriti semua ke Machang untuk Stats degree. Rasanya akan ada lagi kawan korang yang sama tempat dengan aku. Boleh la korang suruh dia pulak untuk bawa cekelat banyak-banyak kan? Hehe…
Maaf juga sebab tak dapat kasi korang semua apa-apa sebelum balik..dari jauh aku hanya kasi Official post kat Belog yang tak seberapa nie.. Ingat pesanan aku ye.. datang Langkawi je contact terus.Insyaallah aku akan jemput korang.. kalau tak ramai aku bawa duk rumah aku je.. If ramai homestay la jawabnya.. =’)


Sincerely,
MOHAMAD AMRI BIN OTHMAN
(JCS113 1C-6C)

Jumaat, 23 Mac 2012

Hepi besday kampusmate!

kehadapan kekasih di sayangi  (eh…silap-silap…mampus aku dengan Amirrul Ilham).. Wahai kampusmate yang selalu sembunyikan diri bila jumpa yang tak pernah nak tegur… bak orang kata kat Alia.. “ katak nak kuar tempurung…korang nak cari tempurung…” hehe… Maaf la ye…

Tahniah kerana sudah sama umur dengan saya! Hahaha! Belum bulan 6 lagi.. so sama lah… tak kira la tahun okay…! Ngee… Maaf la ye.. duit dah pokai…tak dapat belikan hadiah untuk besday awak wahai cik wawa… sekadar ucapan dari surat yang seberapa nie… eh,jap..bukan surat… kata-kata paling berpuitis ini.. kan..kan..kan?? =)

Tak nak cakap panjang,,semoga panjang umur semoga dapat apa yang di inginkan selama menjadi hamba kerdil Allah. Goodluck untuk final exam nie ye…. Nanti orang dah takde jangan nakal-nakal…bak kata orang utara, “ jangan dok buieh sangat”… jaga si Alia kecik tu leklok.. maklumlah..exco tu! Huhu…

 Eiffel Tower akan menantiMu di sana nanti…saya doakan! =)

Terimalah sedikit puitis sajak mahupun pantun atau bak kata mat saleh “poem”..

Sahabat,
Dirimu bagaikan nyawa lain bagiku,
Tanpa kehadiranmu,
Tidak ku seperti sang mentari,
Yang sering menceriakan di pagi hari,

Wahai sahabat,
Tidakkah kau berfikir,
Indahnya hari yang berlalu itu,
Aku,
Aku cuba gapai untuk memiliki,
Namun ia pergi meninggalkan ku,
Aku sedar akan kehadiranmu,
Yang sentiasa menyinari hidupku,

Sesungguhnya..

kaulah SAHABAT dalam KAMPUS!


AYAT LAST takde kene mengena pun…ngee…SELAMAT ULANG TAHUN CIK WAWA!

Penat mengarang 15minit,
AWIEKASHI

Sabtu, 17 Mac 2012

Saya Guna Android, Anda?


sambil melayan lagu be mine kot! huhu 


ANDROID? Menatang apa entah? Aku pun tak tahu dulu.. so,dah tahu rupanya software window…hehe…nampak sangat aku nie jahil dalam teknologi… >.<


#jap..jap…aku rasa hangpa pun tak tahu kan? Yang tau bapa orang ja.. HAHAHA! :P sesame lah kita JAHIL… ngee


TAK NAK TRY KE? ASYIK WINDOW 7 je lagi.. =)

Jumaat, 16 Mac 2012

Sisa Hidup Di Kampus

UiTM Segamat give me everything!! Banyak yang saya belajar dari sini. Dari seorang perantau. Seorang student biasa seolah di campak dari jauh mengunakan soyuz XII dan terjatuh di bumi segamat nie.

Bermulanya hidup di sini as
second intake daftar lambat pulak tu dengan tidak makan,kebulur satu hari. Malamnya baru pergi makan dengan kawan kelas bila lepas kelas. Itulah mulanya sebagai student UiTM Segamat. Belajar satu hari, Terus dapat cuti satu minggu sebab H1N1. Baliklah Langkawi. Rasa macam tak nak pergi Segamat tu lagi.

(cut-cut)…part 1 sangatlah jahil, kena pergi macam-macam event cari cop untuk dapat kolej..takut nak duk luar sebab rumah sendiri bukannya dekat, tak pernah lak tu duk rumah sewa. Bila dah part 2 mula teringin jadi senior-senior yang ada baju korporat tu. Nampak smart & sangat AWESOME!

Tetiba Pertengahan sem part 2, ada
open interview exco QUASAR, saya punya kos Dip.Kuantitatif Sains(DQS). So, pergilah dengan keadaan tak tahu apa-apa yang akan di tanya. Siap main tukar-tukar baju lagi dengan kawan baik ( sekarang dia baru letak jawatan as Presiden- HADRI ARIF).. Btw,saya ingatkan saya tak dapat.. Saya pun redha jela & try apply Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK) tetiba dapat. Banyak giler peringkat interview JPK. Dari sinilah mulanya rasa diri belajar benda baru dalam kampus.dalam masa yang sama dapat calling tawaran exco Quasar. Btw,I choose JPK is better.But, I always tolong exco Quasar dalam setiap event. Coz I Love them!

(bla-bla)…
masuk part 4, maka yang tak tahu pape pasal kampus semua sudah tahu. Awal tahun lepas jaga student baru as ABANG PM(Pembantu Mahasiswa) 2 sem,tetiba terbuka satu lagi Pilihanraya kampus. That was AWESOME part! Coz nak try je masuk bertanding & nak rasa something new dari JPK, tetiba menang majority untuk Fakulti FSKM… masa pengumuman tu agak terkejut.. lebih 85% student FSKM undi saya..dari situ terus rasa diri perlu berubah & buat yang terbaik..dalam kata-kata manifesto saya

“shortcut….saya,tidak kisah anda memilih saya atau tidak dalam pemilihanraya ini,dan saya tak berani menjanjikan anda apa-apa jika memenangi pilihanraya ini..yang pasti, saya akan cuba buat apa yang terkurang pada MPP sesi lepas.. jika tiada suara anda,MPP akan Jatuh,JPK akan rebah,Mahasiswa akan lumpuh, maka dengan semangat satu Mahasiswa kita bangun sama-sama dalam satu suara. Suara anda,suara saya juga.kerna kita satu mahasiswa!......”

Part 6, mula akan rindu sangat bersama kawan-kawan classmate mahupun ex-roomate… bila terkenang kenkadang mgalir air mata, teringat akan wingmates yang meninggal,susah,sakit itu yang membuat kenangan dalam ingatan…tak sempat nak cerita lagi detail.biar la kat rumah dulu baru cerita kan..

I LOVE YOU !!!!! I MISS YOU!!! If sesiapa yang datang Langkawi, Contact la ye.. saya rela jadi pemandu pelancong tak bebayar… =’)

REAL NAME senior kasi,
Awi( Aku budak Langkawi)

Sabtu, 10 Mac 2012

Tasik Kenyir Awesome!

Sekian lama tak menghapdet belog...maka dengan kesempatan ini, saya membukak belog yang telah mati nie...huhu...macam nak umum raya pun ada gak! HAHAHAHAHA!


Tempat tragedis..spek mata aku jatuh kat Tasik! T.T
(05/03/2012)

Merantau Pulau,Dapat Ikan Besar...huhu..besar ke?



 
Game yang tak seberapa,sorry kawan-kawan! ngee :D

 Part mempoyokan diri sendiri! hahha!

Unik masa kat Taman Herba

 Kami sangat AWESOME! Kbye!

Ahad, 19 Februari 2012

Main Kasar Nampak ( versi Ciplak)


apa kena la FB aku pun orang nak ciplak…tolong kawan² BLOCK kan makhluk tuhan yang sorang nie… T_T

Rabu, 15 Februari 2012

Wordless Wednesday ( Tips selamat pergi solat jumaat )


ANDA di nasihatkan supaya mencuba tips ini sekiranya selalu berlaku kehilangan atau keKIDNAPan seliper yang agak AWESOME seperti SELIPER JAMBAN mahupun SELIPER KOREA JEPUN.


AWIEKASHI MELAPORKAN! =)

Jumaat, 10 Februari 2012

Last Friday Night(Puisi hati)


Adakalanya di kala aku membisu seakan tiada yang berlaku,
Mungkin salah aku,
Eh,tak..
Memang salah aku,
selalu mendiamkan diri.

kadang-kadang tangis aku,
aku diam seribu bahasa,
sehingga rakan sebilik tidak aku ceritakan.

Pernah bersama rakan aku mesra,
Adakala kau cari kesalahanku,
Hatiku bicara kau segaja,
Kerna aku tahu,
Kau tetap sahabatku.

Aku tahu,
Aku seorang perantauan yang jauh,
Utara ke selatan,
Tapi itu bukan penghalang.

Tangis aku bukan menagih simpati,
Tapi kerna aku rindu,
Rindu pada dia,
Rindu pada Ibu aku,
Rindu pada Bapa aku,

Bukannya aku menulis sebuah lagu,
Aku menulis dari lubok kecil hatiku,
Setelah aku ikat kasih,
Kupintal sayang,
Kusemat kemas setia,
kerna aku merinduimu.

Rabu, 8 Februari 2012

Wordless Wednesday ( sickbay )

CUTI + DEMAM = CUMAM!
Sangat best..orang boleh suka-suki, tergolek-golek berholiday, aku terbaring…
Thanks kepada lecturer, sebab cancelkan kelas hari ini & esok hari langsung takde kelas… Boleh telan ubat sampai pesan malam nie. #_#

Isnin, 30 Januari 2012

SUPRO

Bukan “SUKAHATI PAK ROKIAH”…tapi “SUKAN ANTARA PROGRAM”… :P #maap kepada rokiah.. 2 hari berlarutan maka tamat 29 Januari 2012. Best nak mampus. Tak penah-penah aku main basketball tetiba pi main, mau tak kena bantai dengan budak-budak basket wakil UiTM. Tapi awesome kot aku main walaupun 1st timer. Huhu..sapa yang tengok tu percaya la..yang tak tengok tu,#krik-krik…

Tahun nie Information Management Society Juara keseluruhan,tahniah la… Tak kesah la menang ke tidak,yang pasti hangpa semua kena contohi macam aku,semua game aku nak sebat,,huhu…layan je.. memandangkan kos aku student paling cikit di abad ini. Pbarisan pun aku masuk,padahal kos lain semua leh katakan hantar budak semester 1,aku je terpacak kat padang dengan member satu kos budak semester 6. Cool tak aku? HAHAHA!

Macam tak caya sem nie dapat jugak bawa balik medal SUPRO!



Cantik kan?
Last sem kot,lepas nie dah tak jumpa lg

Petanque individu(perak)-aku lah sumbang! Hahaha..futsal(L)-emas,futsal(P)-perak,ping pong beregu(L)-perak.. Ini je kos aku dapat..tapi takpe,,yang pasti IBU EMAS SUKAN kami dapat! Yeahhhaaa!! \(^_^)/

SELAMAT TINGGAL SUPRO
AWIEKASHI

Jumaat, 27 Januari 2012

Student Portal Baru

Wow…teruja jugak bila hari nie saja test masuk tengok subjek untuk degree. Teruja abis bila klik istudent.uitm.edu.my kuarnya macam page lain. Rupanya student portal dah berubah wajah baru. Takde bezanya pun. Hangpa try usya sendiri.

Amacam? Awesome kan?? =) macam lebih advance cikit or sama dengan portal Universiti lain.

(salingan)
Memandangkan hari nie Perasmian SUPRO as known as “Sukan Antara Program”.
By the way,aku register masuk
Basketball,Petangue,Futsal & Handball. Malangnya Handball tak cukup orang & dah tutup register. *agak-agak hangpa,aku tamak tak? Semua game aku nak main kan? HAHAHAHA! Bia la kan,,last sem.. bila lagi nak juin semua benda alah macam nie. Nasib baik bowling takde je. Tidak bowling pun aku sebat! #bowling Segamat tengelam,rosak abis.. T.T

Selasa, 24 Januari 2012

HARI BERSAMA MASTERCHEF

Wahhh….dengan bangganya kalau dapat bersama MASTERCHEF kan? Terutama JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA macam diorang nie…


"Maaf,aku lebih suka musim pertama" (^_^)v

AWESOME kot! Walaupun masih muda,macam professional je..kalau nak bandingkan dengan hangpa semua… aku tak, aku lagi AWESOME dari depa semua… kalau tak percaya,jom bersama MASTERCHEF AWIEKASHI… ZasssssSSs!!!! =)

Krik².. Aktiviti memasak apabila rumah tiada orang,,,maka dengan keterpaksaan dengan keadaan perut sudah berada seperti di tempat berhimpunnya “GIG” mahupun seperti lagu techno “oh…yeahhhh!” tariklah peti ais. Maka terjumpanya..

DAIM!!!! Nyum!nyum!



selak² nampak pulak ikan,sayur…wah…jalan dia la nie… so,bermulanya MASTERCHEF di jurikan oleh diri sendiri… HAHAHAHA!


Ok,persiang ikan dulu macam biasa…"kebersihan di utamakan..."

Salutkan pulak dengan rempah kunyit & garam secukup rasa..”wah…macam chef wan pulak..”hahaha…#nak muntah silakan..ngee


Ok,,panaskan api dulu,biarkan minyak sehingga panas..betul kan?#'cik wawa' 

Baru masukkan ikan tadi...

Biarkan ia ranggup seperti crispy,baru la AWSOME utk di makan...
#maaf,sampai sini je,,,lupa lak nak amik gambar masa siap...terlalu lapar...dah abis baru igt..yang pasti aku makan dengan sayur goreng,ikan tu aku buat kuah sos black pepper + cili..

Tak lupa jugak air Blackcurrent + Banana Blend aku... =)
sedap Oo...hangpa try buat,jgn lupa blend dengan susu tau..baru ada rasa.. guna gula pun boleh..
#ini adalah aktiviti semasa kena tggal dgn family... 


SEKIAN SAJA DARI MASTERCHEF AWIEKASHI. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...