LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Sabtu, 5 Disember 2015

Aku dan mereka

Pengembaraan untuk hari ini, aku kembali ke Johor dengan perasaan yang agak kurang selesa dengan keadaan sekarang. Berbelah bagi demi kerja ataupun sahabat. Namun aku memilih mereka untuk bersama. Aku pulak jenis yang agak unnormal dengan perubahan sebagai kawan . That okay. Aku boleh terima.

Demi seorang kawan, aku sanggup bersama mereka dalam perjalanan dari KL ke JB. Pontian adalah destinasi aku . Tahniah wawa & mirul. Rasa bertuah dapat berkenalan sebelum korang bernikah. Alhamdulillah dah sampai destinasi sekian lama. Cuma aku je krik2.. Hehe.. Maaf la hanya sebuah hadiah aku berikan.

Sekali lagi ke kilang bateri, pendek cerita Allah permudahkan segala urusan. Bertemu ramai kenalan kelas walaupun bukan di kenduri kawen. Allah seperti membawa aku temu dengan kawan-kawan lain. The best feeling dapat jumpa che pah.. Dah 2 orang anak dah. Aku yang masih cengkerik di mana-mana.

Thank you Allah & My friends. Allah kuatkan ikatan persahabatan kita.

Aku: ni second time aku datang kilang bateri
Aqim: kentang apa awie?
Kecik: second time lah bukan kentang.
Ramai-ramai: HAHAHAHAHAHA!

Rabu, 11 November 2015

KL meet again

Sekian lama tidak menulis coretan kat sini..
Hidup ni memang complicated sikit.. Kenkadang sesuatu benda buat kita teringat semua benda yang lepas.. It all about kenangan.. Sumpah sejak Aku jejak ja Aku teringat macam-macam benda yang happening dulu masa belajar.. Hujung minggu turun KL.. Lepak dengan kenkawan kampus pi The Curve.. Tengok wayang free.. Platinum lagi kot.. Makan bubble gum.. Makan steamboat.. Mana Aku pergi terbayang.. But it all about kenangan..

Aku Dah takleh ubah semua tu.. Semua Dah Qado' & Qadar.. Aku perlu terima hakikat.. Semua ini adalah ketentuan Allah. Allah memberi pengajaran. Biarlah doaku terselit namamu. Walaupun tidak seperti dahulu.. Bila main bowling pun tunggang langgang.. Macam first time main.. Nerbes tahap apa entah.. Haish.. But, they play very well.. Tahniah kawan.. How come Aku masih macam nie..

Panjang Aku fikir, perlu ka hidup macam nie.. Serba tak kena.. Tapi Aku bersyukur dapat memeluk seorang bapak seperti ayah Aku sendiri yang Sekian lama tidak berjumpa. That time I feel very sadness.. Just wanna say

"Kenangan tidak Akan luput dek zaman"

Rabu, 6 Mei 2015

Open Tender

Salam mesra buat yang masih membaca,
HAHAHA! tetiba nak berblogging kejap. Tidak dok post kat instagram ja (awiekashistudio) *promote cikit.. wink! wink! ^,^

Ini Yesterday punya cerita, sangat busy kat office dengan open tender for Langkawi Tourism academy. Sekali buka 3 jenis tender. Pengendalian anai-anai, pembangunan & elektrik. For lebih 60 orang yang datang. Tersangat busy sampai ke petang. Seriously penat gila. Apa yang bestnya bukan pasal tender semua ini. Nak cerita pasal officemate aku sebenarnya. situasinya macam nie.


Kami dalam 3 orang kat sofa ruang galeri lepas set up semua tempat untuk bilik meeting taklimat tender-tender yang hadirlah.

Kimi : Ramai no kontraktor langkawi, nie baru yang tau.. yang taktau lagi depa takmai..

Iman : Tula kan... jum buat lesen kontraktor
Aku : Kontraktor biasa la man, kena ada modal sendiri..
Kimi : Ha,,pak aku pun kena ada modal dulu kalau nak buat..bukan sehinggit dua..
Iman : BahayaBalik! *trademark
Aku : HAHAHA! 

Tetiba Nabila datang untuk amik air panas.
Nabila : hangpa buat apa kt sini?
Iman : hang boleh tanya, kami dok open tender nie.
Kimi : Nabila dah tak lambat dah. Tak open tender gak ka 15 hari bulan nie
Aku & Iman : HAHAHAHAHA! 

Iman : Hang kena letak gambar dalam tender. whatsapp bagi viral untuk tender hang..
Aku : HAHAHAHA! nanti kot-kot orang beratoq panjang macam tender nie.. boleh la bet harga..

Kimi & Iman : tah bila.. Hehe
Nabila : kuajaq hangpa na.. sambil senyum :)

Moral of the story, we know each other. friends is everything.
"Sekali kawan, kawan selamanya "(amri, 2009)

Selasa, 3 Mac 2015

belog dah kurang pemes

Memandang banyak benda application yang wujud. Maka terpaksalah~, aku melepaskan~ *lagu tu..kata Jep disebelah aku. HAHAHA! motif sangat. Belog tak macam dulu. Orang dah malas nak buku dan baca bahan jenaka yang tak beberapa lawak terutama lawak hambar aku nie. hehe. Maaf la ye. Orang semua sekarang dah instagram, whatsapp, wechat, COC, eh tetiba COC lak.. Takda kena mengena pun.

Dulu yela belog pemes giler. Sekali orang lebih suka instagram/IG senang post gambar senang nak caption pasal gambar. Ramai orang LIKE. belog nie mana ada LIKE bagai. Sebab tu lah jugak orang murtad dari belog ke IG. HAHAHA! mohon bertaubat kembali ke jalan yang benar. Jangan begitu wahai sahabat. Opss! contohilah Keknis. Walaupun pernah menjadi skandal cek, tetap maintain dengan hapdet belog. Kan u kan.. HAHAHA!  sekali lagi mohon amik M16 or sniper shooter untuk tembak sekarang.

Yang masih setia,

awiekashistudio =)

Selasa, 24 Februari 2015

Tour Guide Free Di Langkawi

http://naturallylangkawi.my/EN/Home

Mari-mari-mari-mari-marehh....adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik,pakcik-pakcik... Di sini ada pemandu pelancong percuma saya beri... "analogi seperti stesen bas seorang pemandu pelancong memanggil".


Dalam hati kau pun mesti nak kan.. tapi dalam hati kau pun cakap "ada ka pulak free...tipu nie, nanti mesti kena jugak bayar apa-apa". That normal la mentaliti orang kita. HAHAHA! macam diri sendiri je yang tengah baca? *krik-krik..krik-krik...

Nevermind, lupakan sekejap. Sebenarnya takda apa pun. cuti sem nie "I AM TOUR GUIDE". HAHAHA! tapi semua demi kenkawan beb! rugi hangpa takda kawan macam aku. "PM laju-laju" motif sangat ayat tu kat FB. macam takda ayat lain. "Barang masih eloklah", "kondisi masih tahap neelofa lah". Jadah dia kan...? kan dah kluaq bahasa yang tak melambangkan bahasa. Ngeee! :D

Dari kawan sekolah,kawan kampus,kawan baru,junior semua aku jadi tour guide. tempat yang tak pernah pergi pun aku pergi. HAHAHA! harap je tempat sendiri. Zoo Negara pun belum sentuh lagi. Eh! tetiba.takda kena mengena dengan langkawi pun. HAHAHA! *takda bunyi lain ke gelak aku nie? ONGFRYHBFDHJFD! ok,dah bunyi lain.  =,='

Thank a lot geng sudi datang tempat aku yang tak seberapa nie. Inilah Naturally langkawi! website top 3 terbaik dunia pelancongan. aku tak tipu. mohon tengok sendiri.

Kalau datang lagi bagitau aku. :)

Selasa, 20 Januari 2015

Dekatkan Diri pada Ilahi

Nothing more explanation and thinking. Jika hangpa ada terbaca catatan DR.MAZA mungkin hangpa akan faham maksud aku. Memang sakit bila terjadi satu perpisahan ataupun kematian. Tak di nafikan segalanya. Hanya mendekatkan diri dengan Allah sahaja dapat melupakan segalanya.

Allah mengaturkan segalanya dengan baik. Kita hanya perlu berfikiran positif dengan lebih menjerumus kearah keredhaan yang berlaku. Perbaiki segala kelemahan diri. Tangisilah pada Ilahi. Bukan pada duniawi lagi. Tambahan juga, tempat untuk menenangkan diri adalah di sisi keluarga. Sentiasa mengingati mereka yang bersusah payah. Nikmatilah cara mereka bekerja bersama.

Permulaan maalHijrah yang sangat baik tahun ini. Turut terbaca catatannya, susahnya seseorang mula kearah kebaikan akan selalu ditimpa berbagai masalah ataupun dugaan. Namun, sentiasa la beristifar agar hati sentiasa tenang. Amalkanlah selepas solat dengan menyebut subahanallah, walhamdulillah, dan Allahuakbar. Alhamdulillah, segalanya berhasil.

Setelah beberapa hari atau seminggu, carilah kawan kita untuk mengisi kekosongan yang ada. Bukan hanya untuk bersuka ria seperti di wayang, karaoke atau yang sama sedemikian. Carilah kawan yang sentiasa faham dengan perasaan kita. Selalunya adalah kawan sewaktu bersekolah. Kerana beliau lebih mengenali. Cari tempat seperti pantai, bukit yang berpandangan indah. Ceritakanlah segalanya kisah kawan-kawan lama yang tidak bertemu. Dan cubalah untuk memohon maaf segala berbuatan kita agar tidak dibayangi lagi masalah.

Terima kasih segalanya kepada semua yang mengenali. Saya cuba yang terbaik. Tiada yang lebih indah selain daripada diri dampingi pada Ilahi. Selamat mencuba.

Salam ukhwah.

Isnin, 19 Januari 2015

Kasih Ayah Tiada Tandingan

Assalamualaikum semua,

terima kasih banyak-banyak kalau hangpa sudi baca entri aku nie. Aku memang dah lama gila tak blogwalking nie. Aku pun dah lama tinggai belog. Tahun nie ja jadi rajin sebab taktau nak buat apa. kawan-kawan semua busy ngeja. Aku ja duk tggu ngeja. Rasa dalam 30-50 application kot hantaq. tudiaaa...buat teruk! HAHAHA!

Pendek cerita sebenaqnya hari nie sehari suntuk aku teman ayah aku pi bukit cara madu lebah. Fuuhh...sumpah best weirk. Dah lama aku tak ikut ayah aku rendah hujan cari rezeki yang halal untuk family. Aku tak bawa phone nak amik gambaq semua situasi nie. Aku just nak cerita kat hangpa jala.

Redah hutan sampai carik seluaq track aku kena duri rotan. Aku tak perasan. Duk kyusuk ayah aku duk cerita.

Ayah : kot  nie ayah dapat lebah tahun lepaih, ikut jugak kalau dia buat pokok tinggi amik masa la. time senang jumpa senang la. Time susah duk sehari dalam hutan pun kenkadang tak jumpa.

Aku : (sambil pegang parang tebas rantik kayu & duri dalam langkah demi langkah) *prapp! carik seluaq. Ayah dok pi dengan paksu din sapa duk ghabat(*panjat) pokok?

Ayah : ayah la dok ghabat. Tapi la ni taktau la. ayah rasa gayat macam mana tah. (dalam masa sama ayah kata) nie bekeh(*bekas) lama ghabat pokok (sambil tunjuk rotan belit pokok besar mcm bentuk tangga).

Aku : (dalam hati aku,tinggi makkk oiii)

Ayah : haaa tu diaa... jumpa dah...(sumpah besar,pure punya madu).

Aku : mana dia ayah?

Ayah : Tu dia tu.. tuu.. mai tengok blah nie..(terselindung daun hutan getah yang tebai)

Aku : haa...nampak-nampak...besaq!


Situ ja aku nak cerita kat hangpa. Seorang kasih ayah sentiasa sayang pada anaknya. Untuk melihat bagaimana dia mencari rezeki untuk menampung family. Ayah pernah berkata "ayah nak bagi anak-anak ayah pandai,jangan jadi macam ayah. Gaji belom tentu nak dapat,ikut cuaca,ikut sihat sakit..kalau ngeja bergaji senang.sakit dapat surat,belajaq rajin-rajin"
Kasih bapak/ayah/abah sangatlah bererti dalam kehidupan. Jangan sakitinya dalam apa jua keadaan walaupun kita terasa betul apa tindakan kita. wallahualam.


p/s: sesiapa nak madu lebah jemput datang umah tengok sendiri.atau hubungi ayah saya:
 

MADU LEBAH ASLI
OTHMAN BIN AHMAD 
+604-9554694/+6013-4884694

awiekashi here! :)

Sabtu, 17 Januari 2015

She Always Beautiful


Aku taktahu kenapa dimata aku dia sentiasa cantik dengan apa-apa jenis pakaian. Walau macam mana pun, I always miss her. Lesung pipitnya. That face yang suka always marahkan aku. I can't lie myself. But, I'm afraid she angry with me what happen I have do. 
"I hate myself I want to die"-baju merah


Good night!

Lafaz Yang diri Sendiri Tak Faham

Assalamualaikum w.b.t

Hehe.. sekian lama menyepikan.. Alhamdulillah... macam krik..krik sangat... Hari ni topik paling menarik nak cerita "diri sendiri pun tak faham apa yang di katakan"..

Yang peliknya aku sendiri tak faham apa aku katakan. sometime bila hangpa taip hangpa sendiri taip tak betoi. Persoalannya pasaipa kan? jawapan dia sebab "sebutan pekataan sendiri dalam hati dah sebut" dan mula la tertinggai sepatah dua pekataan. Memang tu selalu jadi. Termasuk kalau hangpa duk dalam dewan pereksa. Seriously. 

Susah jugak kalau menaip ataupun menulis. Sebab tu orang selalu cakap repeat balik apa yang aku taip nie. (sekarang aku mula balik baca apa aku tulis.. hehehe) 

#Itu ja aku nak bagitau...seronok jadi babysitter kat rumah layan 3,4 orang buah. sampai aku sendiri tertidoq jaga depa semua.. hehe..Rindu hangpa..

SPIDERMAN HERE! :D

Selasa, 13 Januari 2015

Jangan berasa bersalah sebab tiada salahmu

1 Muharam 1436H adalah satu titik permulaan jauhnya aku dengan dia. Siapa sangka 1 Januari 2015 adalah satu kata-kata ikhlas keluar dari perkataan handphone. Maaf atas apa yang terjadi. Kamu telah pergi bawa diri tanpa melihatku lagi. Aku terima seadanya. Walaupun satu permintaan aku sukar untuk kamu tunaikan. Ajal dan maut telah memisahkan antara kami. Berita gembira inginku sampaikan menjadi duka kepada diri sendiri. walaupun doa kupohon supaya diberi jalan yang lurus. Soal hati, tiada siapa boleh di paksa. Untukmu sahabat aku pohon maaf. Kuterima seadanya.


Kau telah ciptakan kebahagian selama 3 tahun perkenalan. Kupohon untuk menjadi seorang yang soleh dan memohon dirimu menjadi yang solehah. Tapi soal hati tidak dapat kita tafsiri. Kita mencuba, Allah yang tentukan segalanya. Mungkin benar Imam muda asyraf  berkata " mengahwini orang yang kita cintai adalah satu kemungkinan, mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajipan" .


Sekarang ada terima seadanya. Baik burukku dan kamu biarlah sahaja kita yang tahu. Aku cuma mengharapkan kamu sentiasa tersenyum setiap hari. Maafkan aku sebab tak dapat mengikat erat cinta darimu. Moga kamu adili segala kata-kata akhir untuk jadi semua sahabat adalah sama di sisimu. "sekali kawan,kawan selamanya". Sekarang masa untuk kamu memikirkan apa yang kamu katakan semula. 

Buat sahabatku,temanku,bicaraku,tiada yang lain dapat kuceritakan lagi. Doaku pajat agar di syurga Jannah kita temui. Diriku setia menantimu sana nanti.

Kun Fa Ya Kun...


MAONH

Sabtu, 10 Januari 2015

Pesanan Seorang Ibu kepada Anak Istimewa


Coretan dari hati seorang mama untuk anak istimewaku Muhammad Zulfadhli Amin 

"Keistimewaan ku diperkenankan ketika berita mengundang akan datang anak yang ke-3. Ku tidak menyangka dialah insan pertama yang memegang serta mencuit perut ini sambil senyum berkata 'aa..adikk..' tanpa lagi pengesahan doktor. Tapi anugerah itu dia yang dapat merasakan dulu bahawa dia akan mendapat adik lagi. hari-hari berlalu, tak ku sangka pada tarikh 8/1/2014 aku terpaksa keluar rumah dengan meninggalkan amin dan hanif dibawah jagaan tok nya, dihospital aku tidak dibenarkan pulang walaupun untuk pulang melihat anak istimewa ini. "Ya Allah setiap kali aku berdoa agar dipermudahkan semua urusanku dia khas ku panjatkan untuk anak istimewa ini agar tidak menyusahkan tok dan adik dalam kandunganku aku berpesan jadi budak baik, supaya kita boleh balik cepat untuk tengok abang di rumah. Lebih satu bulan aku berada dihospital . Berita boleh balik dari hospital hanya satu, untuk menatap wajah insan istimewa ini yang tidak dapatku tatap lebih sebulan lamanya. Ya Allah engkau berikan pada tarikh 8/1/2015 untuk sekian kalinya" anak itu, insan istimewa itu zulfadhli amin keluar dari rumah ini seolah-olah dendam merajuk pada diri ini yang telah kutinggalkan pada tarkh yang sama 8/1 hanya tahun yang berbeza. Pergi! pergi jauh membawa diri tanpa mahu menyusahkan diri ini lagi. YaAllah berikan hambaMu ini kejuaraan serta ketabahan, kesabaran yang takterhingga.. Amin mama tetap sayang dan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. Kasih sayang mama teteap bersamamu sehingga ke Alam Akhirat. Taburan doa bunga-bunga kasih peluk cium rindu mama sentiasa bersama amin. Al-fatihah untukmu anak manja yang sentiasa menghiburkan hati 20 jun 1998- 8 januari 2015 kembali kepada pencipta mama redha. memori indah namun begitu mama ingin nyatakan pada petang indah jumaat tanpa tiada setitis hujan pun, mama dengan hanif haikal terpandang munculnya pelangi adik hanif sempat berkata " mama-mama pelangi,cantik pelangi itu" hati mama terdetik apakah makna ini tapi kubiarkan saja ianya berlalu begitu, taksampai lama mana pun pelangi untuk kami lihat kali kedua telah hilang begitu saja di telan warna petang. hingga sampai jagaan dan pelukan terakhir ku bersama anak ini, meraung juga tewas jua aku airmata mengalir deras dibahu abahnya bahawa amin telah pergiii selamanya. Dengan meninggalkan sisa-sisa kasih sayang pada adik hazim nya yang belum mengenali hati budi seorang insan istimewa bernama abang muhammad zulfadhli amin. YaAllah ! Al fatihah, untuk semua ahli keluarga ku terima kasih juga kerana kamu menerima amin sebagai ahli keluarga seperti yang lain. TERIMA KASIH MAK dan AYAH cucu istimewa ini telah menempah tiket untuk dirinya ke syurga Allah Taala.."

Hamishah Othman

Khamis, 1 Januari 2015

KehadiranMu Kuanggap Sebagai Rahmat

repost gambar lama
Salam tahun 2015 Masihi,
Dalam gembira adanya duka. Dalam Ingatan Manis adanya pahit. Maka berlalulah tahun yang dianggap sebagai tahun agak jahil buat aku iaitu 2014. Aku bukan mahu yang lebih dari segalanya. Aku cuma anggap ini adalah balasan atau satu permulaan baru untuk menghadapi hidup kisah yang amat sulit lagi amat serabut kepala.

Buat Keluarga : Maafkan aku,kerana jadi anak, abang, dan adik yang tidak selalu membahagiakan. Kita selalu terpisah dengan jarak yang jauh beribu batu. Namun segala keringat sering kau luhurkan kepadaku. Akanku cuba memberi kebahagia itu di tahun ini. Tapi segalanya berserah kepada Ilahi.

Buat Sahabat : Maafkan aku kerana terpisah dari kalian sekian lamanya. Rakan sekolah, rakan mengaji, rakan Universiti dan tak lupa buat rakan krik-krik jugak.. Kerinduanku melanda bila mendengar semua kalian. Usah ditanya kena tetiba sesema kata hiang(*pekat sikit 'hang'). Salam rindu dari jauh.

Buat musuh : Maafkan aku kerana dari padanganmu membuat aku bersalah dimata.

Buat Tersayang : Akan tetap merindui dan menyayangimu.

Buat yang tidak kenal : terima kasih sebab cuba untuk mengenali diri walaupun sekadar 'pena yang menaip ini'.

Salam kehulurkan kemaafkan buat semua. Terima kasih buat selamanya. Harap maaf andai terkasar bahasa.

Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari saya sendiri

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpanan di dalam almari,
kalau ada silap dan salah,
I'm say i'm sorry. 

yang ikhlas,
MAO :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...