LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Ahad, 5 Mei 2013

ENTRY GE13 (PRU ke-13)

Ini Bukan search google ye..Tapi belog Awiekashi

Semua orang tahu hari ini Malaysia menjalani PilihanRaya Umum ke-13. Merupakan 5tahun sekali. Apa yang meriahnya? Meriahnya apa satu Malaysia berumur 21tahun ke atas keluar untuk menunaikan kewajipan hak masing-masing demi masa depan negara. PRU ke-13 juga merupakan satu perayaan besar bagi rakyat Malaysia,sedangkan sebelum ini kita cuma meraikan perayaan masing-masing seperti Tahun Baru Cina,Deepavali,Christmas,Gawai,Hari Raya & macam-macam lagi. Tapi,hari ini tanggal 5 Mei 2013,perayaan untuk semua.

Bila berceloteh tentang PilihanRaya Umum ini,ramai berangapan Malaysia bakal berubah. Bagi saya PilihanRaya Umum buat pertama kali bagi saya,parti mana perlu di undi bukanlah satu kewajipan,yang penting wakil rakyat tersebut kita percaya akan menjadi "suara kita" sebagai mana kita telah "X" pada hari ini.

lokasi tempat mengundi aku..

Setiap orang berbeza fahaman politik,ini kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Yang penting,para pemimpin tidak terjerumus mana-mana rasuah mahupun skandal. Kita negara Malaysia yang aman,sehingga orang luar datang kesini mencari rezeki. Sepatutnya kita sama-sama menjaga Malaysia di mata dunia. Tolong jangan membuat demontrasi jalanan lagi.



Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
 
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.

Tidak salah demontrasi jalanan,tapi ianya belum lagi masuk dalam undang-undang. Kalau salah apa yang saya katakan,tolong rujuk kembali.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
 
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”. 

Kesalahan juga perlu kita tegur,bukan terus mencaci atau mengaibkan seseorang.

Comelnya,siapa tu??

Entry ini sebagai kesedaran kita bersama. "SAYA MEMILIH MALAYSIA" =)

Selasa, 19 Mac 2013

"Thai Gurlz Awesome!"

Pernahkan korang tengok Debat Bahasa Melayu Antarabangsa sebelum nie yang menang kat Mat Deris & untuk nusantara menang kat pelajar Malaysia USIM? hurm...korang meti tak layan kan...semua nak tengok HBO je kalau ada Astro...

By the way,let's enjoy All songs by keesamus
Yang nie lagi "Ya Sudahlah"

Yang nie pulak lagu "Aishiteru"

Banyak lagi lagu dia...usyalah... kagum tak orang thailand pun leh nyanyi lagu bahasa melayu dengan baik... huhu.... thumbs up to her! cl(^_^)
YYa

Rabu, 27 Februari 2013

Video Of The Day : Samsung S4

Samsung kembali dengan nama baru "Samsung S4" selepas promotion "Galaxy Note II "


Saksikan video ini,pasti anda akan teruja teramat... :)
COMING SOON 2013!

Selasa, 26 Februari 2013

Motosikal Mesra Alam Eclimo



Motosikal inisiatif mdc ini telah dipertontonkan kepada orang ramai dan Tun Dr Mahathir Mohamad sempena majlis santai bersama 'dialog langkawi dan pelancongan - satu perspektif' jam 3.30 petang 23.02.2012(sabtu)


bertempat di MyHotel

motosikal mesra alam eclimo guna kuasa elektrik ini juga telah dipamerkan di dataran PIBG smk mahsuri jam 10.30 pagi Semalam. ini bertujuan beri pendedahan tentang inovasi, kreativiti, sains dan teknologi di kalangan pelajar.


bersama Aziz Desa



Walaupn modelnya macam motosikal skuter yang penah kita tengok seperti Elite mahu pun motosikal yang tidak mempunyai gear.Ianya untuk memudahkan para penunggang serta pembonceng. Tak gitu? :D Kita harap moga motosikal macam dapat menambahkan lagi kuantiti dan mempunyai harga yang sesuai untuk penduduk Malaysia khususnya. Bukannya pelajar kita tak berkualiti sebenarnya. Tapi mengambil masa untuk mencipta satu produk yang mesra Alam.Tunggu saya jadi pencipta baru kereta mengunakan air laut. HAHAHAHA!

"Dunia semakin moden,dunia perlu di jaga Alam Sekitarnya"



Awiekashi melaporkan

Rabu, 13 Februari 2013

Result Degree ( Tanda Tanya Penuh Misteri )


Penentuan segalanya,penentuan sama ada memiliki selempang berwarna Pink atau tak...okay,sangat risau makin hari makin dekat...Tidur pun terbayang-bayang sampai termimpi-mimpi.. Nak tidur pun susah hati... Dah macam real pulak mimpi tu...

Kalau mimpi tu betul Alhamdulillah la...boleh la lompat-lompat,sujud syukur macam result masa Diploma dulu... (GPA 4.00) agak susah la...memang tak la kali nie... berharap dapat 3.5 above je sekarang... nak cakap pandai tak la sangat... cuma berharap segala usaha setimpal la kan...


Physics (PHY430) - 4 kredit Hour
Phylosophy (PHI454) - 2 kredit Hour
Report Writing (BEL422) - 2 kredit Hour
Hubungan Etnik (CTU553) - 2 kredit Hour
Third Language (Nihongo) - 2kredit Hour
Elementary Algebra II (MAT523) - 3 kredit Hour
Object oriented Programming aka JAVA (CSC435) - 3 kredit Hour
Total = 18  Kredit Hour (tak banyak kan)

Paper exam pun cantik! colorful lagi...

Sebenar mimpi menunjukkan straight A. Tapi masalahnya dekat paper physics dah macam apa dah..boleh katakan tengok paper je masa jawab time final hari tu.. sekarang jus redha & berdoa je..


Kalau boleh nak la jugak macam keknis! tengok dia belajar kat segamat hari tu chill je... boleh je Dean List.. Huhuhu...Tahniah...jangan lupa tengok movie gangster celop! hehe... Tolong promote nie akak! ;)

(photo dari fan page FB)

Cantik kan selempang pink! nak boleh??? hehe


Awiekashi in da House! ;)



Isnin, 4 Februari 2013

Happy Monday

Mulakan hari anda dengan mengosok gigi supaya bersih berseri-seri seumpama sang Merang.. :D Dan jangan lupa mandi awal,kenkadang ada yang bukak belog dengan tak mandinya lagi... *Itu dah biasa,kenkadang aku sendiri pun sama. HAHAHA!

Hari nie nak promote lagu member,membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak also my lovely MAK! bukan MAKWE, MAK KANDUNG okay..if line slow tu,nanti-nanti dengar la.. Seriously sedap lagu nie... Layan je ye... Huhuhu....

lagu dia dah naik carta MySuriaFM..sebab tu aku kagum nie... huhu..

#teringin nak buat GIVEAWAY,Ada idea tak kalau barangan dari Langkawi.. nak tak? ;)

AwiekashiHere!

Isnin, 28 Januari 2013

Pemergian satu kemestian

 Satu adat satu kepastian adalah PERMERGIAN orang kita sayangi, Mungkin seluruh Kampus UiTM Segamat telah pun mengenali sahabat senegeri aku in berasal dari Jitra,Kedah. Alyarham telah pun pergi buat selamanya. Tapi kali ini aku nak cerita awal pertemuan aku dengannya.


Awal pertemuan aku adalah sewaktu Minggu Destini Siswa untuk batch yang paling ramai aku jaga iaitu seramai 1600 lebih orang iaitu batch semester 6 sekarang. Tak ramai juga mengenali aku,yang kenal mestilah siswa-siswa yang anti aku masa itu. Aku adalah Biro Displin yang suka menjerit-jerit,berlari-lari sampai keluar halqum also berdarah telinga hangpa sebelum nie.

Biasa di Segamat,setiap junior adalah wajib berkenalan dengan senior untuk pertolongan, seriously aku tak penah buli korang masuk dalam loker ke panjat tiang ke kan,aku kan baik..setiap kali korang masuk mesti aku kasi cekelat or biskut yang aku bawa dari Langkwi masa orientate “temubual”. Aku paling tertarik bila orang yang jumpa adalah dari Kedah.


Maka terjumpalah Ahmad Shahznuriman, cerita punya cerita satu bilik dengan classmate aku Hadri Arif a.k.a Shark budak Wing 3C, atas Wing aku je. Menarik, Tanya la pasal “abang besar” bilik dia peragai macam mana. Shark juga orang kedah.Tapi jauh cikit la nak ke Penang sana,Kulim. So,adatlah geng jauh pakat nak balik sama-sama.

Lama-lama punya lama lepak sampailah abis sem aku kat segamat kenal dengan dia,dengan budak wing pun classmate dengan dia. So,selalu la lepak sama-sama. Jindan,Hujan,Exco,Sandra,Kolu semua adalah coursemate dia. Kenkadang dah lepak tu tengok je dia main gitar & nyanyi ramai-ramai. Macam baru je lagi. Tapi sekarang semuanya dah berubah.


Sesungguhnya, seriously aku terkejut dapat tahu di twitter pasal semua nie. Terutama sekali aru & Kiambang.Macam tak sangka semua nie terjadi,Harap kita semua redha dengan pemergian kawan kita ini. Entri ini tidaklah untuk menyayatkan hati kalian semua,tapi semoga kita senantiasa mengingati kematian serta selalu mendoakan saudara seIslam kita di dunia mahupun yang telah pergi.



post yang mungkin mengingatkan kita


post aku pada malam itu.


Post abangnya.Semoga sesiapa yang beliau mempunyai hutang,mohon agar halalkan ataupun kata abang beliau sekiranya terlalu banyak tolong hubungi keluarga mereka.



Yang Merinduimu,
Awiekashi/Mohamad Amri/Awie

Jumaat, 25 Januari 2013

Mai sini nak habaq hang ( Cuti Semester )


Aku bukan Matluthfi mahupun AnwarHadi ataupun Hadi Awang… Hahaha! Nama aku pun tak se gah Artis-artis YOUTUBE. Sebagai mana yang aku habaq kat hangpa, la nie ada start cuti semester bagi degree. Final Degree nie sangat pelik.

Paper Exam aku yang sangat gila habaq hang. Aku la nie risau pasai paper Physics aku yang 4 kredit hour. Tolong la berdoa untuk aku… *merayu sangat nie buat muka comel ala-ala kucing gituh.. kalau terasa nak ludah jangan pada muka, ludah kat sebelah sana ye.. terima kasih..


Mari saksikan koleksi-koleksi paper Exam yang agak “MEWARNAI KEHIDUPAN AKU SELAMA MENDUDUKI FINAL EXAM DI UiTM SHAH ALAM”



Cantik kan? Hang ada ka? HAHAHAHA! Cantik kan… 

KLIK BUTTON LIKE ‘kalau ada’… c(:

pape pun,I will back to hapdet belog masa cuti nie selepas lappy masuk WAD KECEMASAN SEKIAN LAMA..


Takde kena mengena pun gambar nie... Hehehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...