LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Khamis, 12 Januari 2017

NASIHAT PADA DIRI

Alhamdullillah semua berjalan lancar program.

Nak di kirakan kenangan, seminit yang lepas jugak adalah kenangan. Apa yang perlu kita tanam pada diri adalah terus hidup macam biasa dengan semangat dan azam yang kuat dalam diri. Manusia takda lari daripada masalah. Masalah sentiasa datang. Cuma cara untuk atasi je pelbagai mengikut individu masing-masing.



sesi mengasingkan pelajar

Aku bukan seorang yang sukses. Bukan jugak seorang yang baik. Kalau nak di kirakan jahat, ada jahatnya. Walaupun bermacam-macam aku pegang jawatan, Nampak je muka baik. Tapi hanya aku yang tahu.. HAHAHAHAHA! *gelak jahat


Baik kan budak-budak ni. Diam je

Selepas je kenalkan beberapa orang "fasi" la lebih kurang. Aku bawa student LTA sendiri. Mungkin ada yang dah biasa dengan situasi ni. Ada jugak yang belum pernah jadi fasi. But, alhamdulillah depa buat very well. Thanks guys! you're awesome! Insyaallah suatu hari nanti hangpa pun boleh kongsi saat manis kenangan yang hangpa takkan lupa pada sekolah yang mendidik hangpa menjadi orang yang sukses!

Mai menari hokey pokey dulu sebelum mula!

fasi pun macam student. HAHAHA!

Saat buat Hokey pokey & fokus number ni, aku teringat sangat aku handle Minggu Destini Siswa. Kenangan manis sentiasa terukir di dalam hati. Takda semanis kenangan lagi melainkan UiTM. Sebab tu mai bagi talk pun pakai baju UiTM. Sebab dia membawa aku semangat yang lain. Color purple always make me smile & think about UiTM.

 sedikit perkongsian pelajar mengenai ibubapa dalam sesi mengenali diri


 Bukan mudah seseorang itu menceritakan saat perih duka hidup untuk berkongsi saat manis dan pahit itu. Ada jugak yang tidak dapat melihat Ibubapa yang telah tiada. Memang niat di hati aku minta depa lukis muka mak ayah dalam kertas A4 tu untuk depa rasa berbangga ada dua insan yang menjadi tulang belakang keluarga. Tiada mak ayah siapalah kita. Biar depa faham susah payah keluarga untuk mencari rezeki walaupun hanya RM 1 untuk sara hidup depa. 

 sesi mencari positif diri


One of student yang volunteer kongsi kisah hidup fasi untuk lebih berjaya.

stay strong! setiap orang ada masalah. Jangan biar masalah kawal hidup kita! please, ingat tu...

santa indahouse! sebab rambut serabai kena kipas 

Terima kasih atas jemputan. Maaf sebab kali menolak permintaan untuk memberi talk kepada sekolah. Sebagai Alumni SMK Kedawang, saya harap SMKKD akan terus membina nama di mata masyarakat. Biar sekolah menengah biasa sekali pun jika di bandingkan MRSM, SBP, SMS sekalipun. Ilmu itu sentiasa ada di mana-mana. Dengan semangat usaha untuk mengubah kehidupan keluarga niat kerana Allah insyaallah rezeki itu akan datang. Sama ada cepat atau lambat. Insyaallah. Teruskan berdoa, sentiasa bertawakal. Kejayaan pasti akan tercapai.

Sincerely,
AMRI OTHMAN
Alumni SMK KEDAWANG 04'-08'

Isnin, 9 Januari 2017

Kenapa belum berpunya?

Soalan yang senantiasa di soal.

Untuk pengetahuan semua, SETIA itu mahal. Tak ramai orang boleh membeli dia. SAYANG tu murah. Setiap orang boleh ungkapnya. Bagi aku memang dalam lumrah kita akan rasa kasih dan sayang pada seseorang yang kita kenal walaupun dengan senyuman. Kenkadang senyuman tu boleh bawa menusuk dalam hati yang kosong yang sudah lama  tak di isi dengan perasaan suka akan seorang yang bergelar perempuan@wanita.

Jujur aku cakap, hati aku dah lama tertutup. Sekian lama. Pedihnya,lukanya, sangat sakit. Aku takut, aku takut benda berulang. Hati bukan senang untuk di jaga. Dalam hubungan cinta setiap orang perlu di jaga. Terutamanya kawan, bila kau frust, kawan la jadi tempat kau meluahkan perasaan. Dan bila kau happy happy lupa dia. Itu salah. JANGAN LUPA KAWAN.

Hari ni aku terserempak dengan junior dari UiTM Segamat dalam ferry balik langkawi.
"Eh, macam kenal?"
"Err.. UiTM segamat ke?"- sebab kalau orang luar aku tak pernah jumpa cakap kenal mesti UiTMJ.
"Yela.. abang amri kan?"
"Ha..aa.. macam mana kenal?" -dalam hati budak uitm la ni
"Abg MPP sapa tak kenalkannnn.."
"Hehe.. dah berapa dah ha tinggal UiTM Segamat..ingat lagi ye.."
"Mestilah, abg MPP yang baik kot, mestilah ramai kenal.. "
"Hahaha.. baiklah sangat.."
"Tengok kat fb ramai kawan-kawan abang dah kahwin, abang bila?"
"Jodoh diorang awal, abang tak hensem macam diorang"
"Yela tu abang, "

So, sembang punya sembang kahwin jugak soalan dia tanya. So, tak terputus situ la. Dia pun sebab main redah dengan family datang cuti sini DM fb tanya homestay area chenang. Dah dapat agaknya, takda whatsapp pun. 😂😂😂

P/s:" ada jodoh tak ke mana?" said NSR. Yela, mak dengan ayah pun beza 7 tahun. Ayah 1951, mak 1958. But, dah jodoh tu memang tak ke mana. I'm try to let go the Jodoh far away from myself. 😭😭😭😭

J.O.D.O.H

Ahad, 1 Januari 2017

2017




Assalamualaikum pembuka tirai baru untuk tahun 2017

Sungguh berat meninggalkan sisa 2016 yang agak perih di hujungnya. Seolah datang panah terus tusuk ke dada.. Datangnya api pedih di tangan. Tapi itulah lumrah dalam kehidupan.


Setiap orang berdoa sentiasa terus kuatkan diri kuatkan semangat dalam menempuh tahun yang lebih mencabar. Suka aku ungkapkan. Mungkin sebelum ni aku suka ceritakan hal yang agak cliche & happy go lucky.

Pendek cerita rasa masa cepat masa berlalu. I have know someone but baru lagi rasanya. Kenal dah lama. Tapi baru tegur dalam bulan dobelas ni kot. Tu pun dari Instagram tegur at the same time dia culinary arts student. Aku suka cara dia, friendly, boleh masuk air, macam-macam lagilah. Dia kenkadang blur jugak. Hehe. Tapi comel. I called her as "teacher" sebab dia suka mengajar teknik pelbagai. comel dan lawak.

Aku faham as student always ada assignment, layan kerenah kenkawan. Kang tinggal merajuk. paham-paham la gegirl. Depa kalau ada kawan sorang itu lah bestfriend dia itulah teman dia kemana saja pun. itu realiti, takleh dinafikan.

Dalam bulan dobelas jugak lah adik aku dah berumah tangga dan di adakan majlis kat rumah. Aku jemput dia datang. Rasanya baru sangat kenal & dia pun macam okay dengan aku. Dan aku faham dia seorang yang agak sensetif, Manja dengan family. Always rindu kat family. Sama la aku pun. Tidak dah keluar Langkawi ni. HEHE! family is everything okayssz!

2017 mungkin penyambung cerita aku di belog. Thanks sesiapa yang selalu baca belog aku yang bersawang serta sampah sarap merata ni. Rindu berbelog. Eh, the name that she is NSR. macam NSR record kan? hihi.. memang pun >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...