LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Sabtu, 10 Januari 2015

Pesanan Seorang Ibu kepada Anak Istimewa


Coretan dari hati seorang mama untuk anak istimewaku Muhammad Zulfadhli Amin 

"Keistimewaan ku diperkenankan ketika berita mengundang akan datang anak yang ke-3. Ku tidak menyangka dialah insan pertama yang memegang serta mencuit perut ini sambil senyum berkata 'aa..adikk..' tanpa lagi pengesahan doktor. Tapi anugerah itu dia yang dapat merasakan dulu bahawa dia akan mendapat adik lagi. hari-hari berlalu, tak ku sangka pada tarikh 8/1/2014 aku terpaksa keluar rumah dengan meninggalkan amin dan hanif dibawah jagaan tok nya, dihospital aku tidak dibenarkan pulang walaupun untuk pulang melihat anak istimewa ini. "Ya Allah setiap kali aku berdoa agar dipermudahkan semua urusanku dia khas ku panjatkan untuk anak istimewa ini agar tidak menyusahkan tok dan adik dalam kandunganku aku berpesan jadi budak baik, supaya kita boleh balik cepat untuk tengok abang di rumah. Lebih satu bulan aku berada dihospital . Berita boleh balik dari hospital hanya satu, untuk menatap wajah insan istimewa ini yang tidak dapatku tatap lebih sebulan lamanya. Ya Allah engkau berikan pada tarikh 8/1/2015 untuk sekian kalinya" anak itu, insan istimewa itu zulfadhli amin keluar dari rumah ini seolah-olah dendam merajuk pada diri ini yang telah kutinggalkan pada tarkh yang sama 8/1 hanya tahun yang berbeza. Pergi! pergi jauh membawa diri tanpa mahu menyusahkan diri ini lagi. YaAllah berikan hambaMu ini kejuaraan serta ketabahan, kesabaran yang takterhingga.. Amin mama tetap sayang dan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. Kasih sayang mama teteap bersamamu sehingga ke Alam Akhirat. Taburan doa bunga-bunga kasih peluk cium rindu mama sentiasa bersama amin. Al-fatihah untukmu anak manja yang sentiasa menghiburkan hati 20 jun 1998- 8 januari 2015 kembali kepada pencipta mama redha. memori indah namun begitu mama ingin nyatakan pada petang indah jumaat tanpa tiada setitis hujan pun, mama dengan hanif haikal terpandang munculnya pelangi adik hanif sempat berkata " mama-mama pelangi,cantik pelangi itu" hati mama terdetik apakah makna ini tapi kubiarkan saja ianya berlalu begitu, taksampai lama mana pun pelangi untuk kami lihat kali kedua telah hilang begitu saja di telan warna petang. hingga sampai jagaan dan pelukan terakhir ku bersama anak ini, meraung juga tewas jua aku airmata mengalir deras dibahu abahnya bahawa amin telah pergiii selamanya. Dengan meninggalkan sisa-sisa kasih sayang pada adik hazim nya yang belum mengenali hati budi seorang insan istimewa bernama abang muhammad zulfadhli amin. YaAllah ! Al fatihah, untuk semua ahli keluarga ku terima kasih juga kerana kamu menerima amin sebagai ahli keluarga seperti yang lain. TERIMA KASIH MAK dan AYAH cucu istimewa ini telah menempah tiket untuk dirinya ke syurga Allah Taala.."

Hamishah Othman

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...