repost gambar lama
Salam tahun 2015 Masihi,
Dalam gembira adanya duka. Dalam Ingatan Manis adanya pahit. Maka berlalulah tahun yang dianggap sebagai tahun agak jahil buat aku iaitu 2014. Aku bukan mahu yang lebih dari segalanya. Aku cuma anggap ini adalah balasan atau satu permulaan baru untuk menghadapi hidup kisah yang amat sulit lagi amat serabut kepala.
Buat Keluarga : Maafkan aku,kerana jadi anak, abang, dan adik yang tidak selalu membahagiakan. Kita selalu terpisah dengan jarak yang jauh beribu batu. Namun segala keringat sering kau luhurkan kepadaku. Akanku cuba memberi kebahagia itu di tahun ini. Tapi segalanya berserah kepada Ilahi.
Buat Sahabat : Maafkan aku kerana terpisah dari kalian sekian lamanya. Rakan sekolah, rakan mengaji, rakan Universiti dan tak lupa buat rakan krik-krik jugak.. Kerinduanku melanda bila mendengar semua kalian. Usah ditanya kena tetiba sesema kata hiang(*pekat sikit 'hang'). Salam rindu dari jauh.
Buat musuh : Maafkan aku kerana dari padanganmu membuat aku bersalah dimata.
Buat Tersayang : Akan tetap merindui dan menyayangimu.
Buat Tersayang : Akan tetap merindui dan menyayangimu.
Buat yang tidak kenal : terima kasih sebab cuba untuk mengenali diri walaupun sekadar 'pena yang menaip ini'.
Salam kehulurkan kemaafkan buat semua. Terima kasih buat selamanya. Harap maaf andai terkasar bahasa.
Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari saya sendiri
Kalau ada jarum yang patah,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpanan di dalam almari,
kalau ada silap dan salah,
I'm say i'm sorry.
yang ikhlas,
MAO :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan