LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Ahad, 5 Mei 2013

ENTRY GE13 (PRU ke-13)

Ini Bukan search google ye..Tapi belog Awiekashi

Semua orang tahu hari ini Malaysia menjalani PilihanRaya Umum ke-13. Merupakan 5tahun sekali. Apa yang meriahnya? Meriahnya apa satu Malaysia berumur 21tahun ke atas keluar untuk menunaikan kewajipan hak masing-masing demi masa depan negara. PRU ke-13 juga merupakan satu perayaan besar bagi rakyat Malaysia,sedangkan sebelum ini kita cuma meraikan perayaan masing-masing seperti Tahun Baru Cina,Deepavali,Christmas,Gawai,Hari Raya & macam-macam lagi. Tapi,hari ini tanggal 5 Mei 2013,perayaan untuk semua.

Bila berceloteh tentang PilihanRaya Umum ini,ramai berangapan Malaysia bakal berubah. Bagi saya PilihanRaya Umum buat pertama kali bagi saya,parti mana perlu di undi bukanlah satu kewajipan,yang penting wakil rakyat tersebut kita percaya akan menjadi "suara kita" sebagai mana kita telah "X" pada hari ini.

lokasi tempat mengundi aku..

Setiap orang berbeza fahaman politik,ini kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Yang penting,para pemimpin tidak terjerumus mana-mana rasuah mahupun skandal. Kita negara Malaysia yang aman,sehingga orang luar datang kesini mencari rezeki. Sepatutnya kita sama-sama menjaga Malaysia di mata dunia. Tolong jangan membuat demontrasi jalanan lagi.



Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
 
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.

Tidak salah demontrasi jalanan,tapi ianya belum lagi masuk dalam undang-undang. Kalau salah apa yang saya katakan,tolong rujuk kembali.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
 
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”. 

Kesalahan juga perlu kita tegur,bukan terus mencaci atau mengaibkan seseorang.

Comelnya,siapa tu??

Entry ini sebagai kesedaran kita bersama. "SAYA MEMILIH MALAYSIA" =)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...