LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Isnin, 13 Disember 2010

Sajak 4 Teman!!! l0ve it! time b0rink tgh mlm... =)

Teman,
Tika ini aku bersendirian
Dibaluti bayu kedinginan malam
Ditemani suara-suara cengkerik
Yang sudi mendengar rintihan hatiku
Asyikku dibuai memori silam
Indahnya waktu itu
Kita sentiasa girang
Berketawa, bercerita
Sentiasa bersama
Tiada luka, tiada rahsia

Wahai teman,
Kalian amat bermakna buatku
Kalian amat kusanjung
Kalian amat kusayang
Penawar sepi pengubat luka
Namun kini,
Aku sedar dari khayalan panjang
Tidak pernah aku bertanya
Adakah aku juga bermakna buatmu?
Aku masih ingat
Janji yang diukir
Ku ikat, ku pintal, ku semat
Kemas dilubok hati ini.

Teman,
Masa yang mencemburui
Berlari jauh meninggalkan kita
Kita semakin jauh....jauh di dunia sendiri
Tidakku pasti, adakah realiti atau fantasi?
Namun pengorbananmu tak mungkin luput dari jiwaku ini...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...