10 zulhijrah merupakan tarikh peringatan umat Islam menyahati
peristiwa paling bersejarah mengenai “kurban “ oleh keluarga Nabi Ibrahim
A.S. Bila di kaitkan Ibadah Korban ianya mencerita Nabi Ibrahim,Nabi Ismail,
dan Siti Hajar. Menurut
sejarah, Nabi Ibrahim mempunyai isteri pertama (Siti Sarah) yang sudah tua dan
tidak dapat melahirkan anak. Siti Sarah `menghadiahkan' Siti Hajar seorang
hamba kepada suaminya Nabi Ibrahim.
Allah s.w.t. memerintahkan
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar untuk meninggalkan Mesir dan menuju ke Mekah. Dalam
perjalanan mereka menghadapi kesulitan dengan meredah padang pasir. Apabila
sampai di Mekah Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar keseorangan sehingga
melahirkan seorang anak yang dinamakan Ismail.
Surah as-Saffat ayat
102-107 bermaksud:
Maka tatkala anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ``Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: Maka fikirkanlah apa pendapatmu!'' Anaknya menjawab: ``Wahai bapaku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.''
``Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami). Serta kami menyerunya ``wahai Ibrahim!'' Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!'' Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata; dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.''

(tiap kali dalam khutbah aidiladha imam membacakan)
Di dalam kitab tafsir menceritakan bahawa Syaitan cuba menghasut Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar, lalu dilontar dengan batu, dan inilah yang dilakukan oleh mereka yang melakukan ibadat haji di mana melontar di ketiga-tiga jamrah adalah merupakan salah satu daripada perkara wajib haji.

(Teringat akan sewaktu aku
mengerjakan ibadah haji semasa tingkatan 4 dahulu)
Ayatnya sesuai semasa rakan atau orang terkena
gangguan syaitan, sehingga sekarang aku mengunakan ayat ini “
BIsmillahi allahu akbar rohmanlisyaitan, wahisbih”
Sebelum Nabi Ibrahim melakukan penyembelihan ke
atas anaknya kerana perintah Allah, Nabi Ismail berpesan kepada ayahnya iaitu:
1- Ikatlah kedua-dua tangannya supaya ayahnya
tidak terganggu.
2- Mukanya ditelengkupkan ke bumi supaya
ayahandanya tidak dapat melihat wajahnya yang mungkin menimbulkan perasaan
kasihan kepadanya.
3- Baju ayahnya diselakkan supaya tidak dilumuri
oleh darah.
4- Tajamkan pisaumu dan cepatlah hiris ke leher
supaya mudah mati.
5- Nabi Ismail menyuruh ayahnya membawa pulang
bajunya untuk diberikan kepada ibunya sebagai kenangan.
6- Nabi Ismail menyampaikan salam kepada ibunya
dan meminta ayahnya memujuk ibunya supaya beliau bersabar di atas perintah
Allah s.w.t.
7- Nabi Ismail meminta supaya jangan menceritakan
kepada ibunya bagaimana cara ayahnya menyembelih dan mengikat tangan.
8- Jangan biarkan kanak-kanak masuk ke rumah ibu
supaya tidak bertambah kesedihannya.
9- Jika ayah berjumpa dengan kanak-kanak yang
sebaya dengannya, janganlah ayahnya memandang kepadanya supaya ayah tidak
berkeluh kesah dan kesedihan.
Kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya sendiri, begitu juga isterinya Siti Hajar yang merelakan anaknya dikorbankan dan anaknya sendiri, Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan adalah menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai pengorbanan mereka bertiga yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana patuh dan taat kepada perintah Allah s.w.t.Sedangkan kita manusia sekadar berkorban demi cinta yang tidak ke mana.
Firman Allah surah al-Hajj ayat 37 bermaksud: Daging dan darah korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
Dalam suasana Hari Raya Korban kita dituntut melakukan ibadat korban seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari Nahar (Hari Raya Haji) yang paling disukai oleh Allah selain daripada menyembelih korban.
Ternakan yang dikorban itu akan datang kepada mereka yang melakukannya pada hari Kiamat kelak seperti keadaan asalnya, iaitu lengkap dengan tanduknya, bulunya dan kukunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan oleh Allah sebelum dia jatuh ke bumi (iaitu pahalanya disegerakan oleh Allah) maka dengan sebab itu hendaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri kamu sendiri.
(SEKADAR PERKONGSIAN)
-JEMPUT DATANG RUMAH ESOK, AYAH SAYA BUAT KENDURI KORBAN KATRUMAH-
IKHLAS
DARI,
AWIEKASHI
2 ulasan:
kisah di sebalik aidiladha.
mengorbankan anak nya, nabi diuji ketika tu. :')
Setelah habis PMR saya kembali :D
http://suarapelangipagi.blogspot.com/?m=1
Catat Ulasan