LIKE sampai LEBAM! klik FOLLOW sekali ye.. Nanti saya klik semua yang boleh klik kat BELOG ANDA! ;)

My lovely Geng!

Ahad, 1 Oktober 2017

Throwback lovely friends

Lama rasanya tak menaip. Instagram menghantui dan menutupi segala yang ada pada blog. HAHAHA! Tapi tetap rasa rindu kat blog yang boleh cerita masalah hang ataupun hari-hari happiness hang. HAHAHA! poyo sangat la kan.. Happiness la sangat. bwuekk! :p


So, gambar first ni taksilap dalam 2010, rasanya inilah semester 2 aku kat segamat. Ni la budak kelas aku. Rasanya sorang ja budak laki yang takdak dalam kelas ni. sebab dia poyo, bajet baik. HAHAHAHA! Nama takleh di mention kan. Pandai-pandai la hang tengok kat gambaq bawah nanti. Yang bestnya kami boleh outing/overnight sekali sampai habis sem. brotherhood gila zaman diploma. RINDU WEI FAHAM TAK!!! T.T


Ha, tengok la gambaq laki mana yang takda. Dalam ni terlebih dua sebab sorang lagi dia yang amik gambaq. HIHI. almaklumlah. Ini gambaq kelas. orang suruh pakai formal. Aku masa ni baru bangun tidoq, ada kelas. aku main sebat seluaq jeans. HAHAHA! lantak la.. gambaq kelas dah la aku yg dok tengah. dengan kasut futsal.. rare tak rare tlah laaaa... HAHAHAHA!


 This one baju kelas kos kami. Quasar means Quantitative Associate bahasa mudah Kelab matematik la cheq oi. HAHAHA! sebab amik nama atas nama course Diploma Quantitative Science. Sekarang dah ubah nama Diploma Matematik tak silap aku. Dan baju kami terkenal dengan panggilan Astromennn tarooo.. yeeahaa!

Gambar dinner sem 2 jugak silap aku. Tema black & White Masquarade night. Entah pi mana habis topeng Krish & zoro depa entah. HAHAHA! time ni aku jadi pengacara majlis. so terpaksa pakai formal takleh melaram. Just be cool & relaks.


Tengok balik gambar ni lawak juga. Kelas cancel terus keluaq g bandar segamat boleh main bowling bagai.. Badan penat tapi dengan kawan hilang semua tu. Fikir untuk happykan diri ja. Sebab takpernah ada orang untuk jaga hati. HAHAHAHAHAHAHAHAAHA! Tapi sekarang dengan crush pun rasa macam diri ini terseksa. hihi. Takpalah. Ada jodoh tak ke mana. Tapi yang gambar kiri tu dah kawen. Jodoh dia dah sampai. Tahniah kawan! siap bercuti kat sabah lagi honeymoon! aku kat langkawi ja honey selama 26 tahun. HAHAHAHA!


Dan ini aku rasa kawan sehidup semati aku. Sampai sekarang pun masih bersama. dia kat MRSM langkawi & aku kat Kolej Komuniti Langkawi. Nak main futsal roger dia mesti sampai. Senang. Mintak tolong pun ringan tulang. Tak tolong dia rasa bersalah gila kot. Hihi. Yang sorang lagi blkg tu kat MIMOS penang. lama jugak la tak jumpa. tapi still contact. Dia busy. Programmer berjaya. & fyi kami ni jela jejaka dari utara yang ada kat segamat untuk kos maths ni. balik naik bas 12 jam macam biasa. mereput!!! Dengar lagu raya meleleh air mata.



Gambar paling AWESOME! pergi kelas semua pakai baju raya. sebab cuti raya masa ni seminggu ja. ada yang bawa kuih rasa masuk kelas. So, raya dalam makmal computer la walaupun kelas C++ or QMT sekali pun. Hihi


Seringgit pun di kira duit raya tau... Hang apa tau... Walaupun muka tak cukup tido dengan eyebag 4 kilo setengah. hihi

Banyak lagi nak cerita tapi setakat ni jela. Orang pun bukan bukak blog aku dah. Aku typing untuk diri sendiri jela kot.. :D

Selasa, 13 Jun 2017

ALONE





Hidup ni kenkadang perlu jugak berseorangan. Tak semua orang sekeliling boleh bantu apa yang berlaku. Tak semua orang berada dalam situasi yang sama. They're have own life. gittuuu. Bukannya nak cerita sedih. Ataupun raih simpati. Sebab kita sendiri yang sanggup pendam seorang diri. But, realiti bukan seorang diri. Kita ada DIA, sedang uji sejauh mana sabar kita.


Cuba pejam mata,seorang diri kenkadang buat kita fikir sapa yang akan datang bantu kita, samada kita sendiri yang mengubah corak hidup untuk lebih happiness bak kata orang putih. Simple lagi, sorang-sorang pun boleh cari soul yang hilang. Boleh fikir mana silap kita. Perbetulkan yang salah bukan cari salah orang. Mak aku selalu pesan, "hang salah ataupun dak sekali pun tetap cakap mintak maaf kat orang". Jangan terlalu pendam dan ego diri tu menang.


Dengan kata lain, sabarlah selagi boleh sabar. Insyaallah ada di depan yang lebih bersinar. Tapi always kena ingat untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Sekali yang mai takkan sama yang pergi. HARGAI

Selasa, 30 Mei 2017

Aku yang dilema

Salam ramadhan kareem.


sat ja dah masuk 4 ramadhan.. rasa macam baru ja sari dua puasa. Bukannya apa, masa tu terlalu singkat. Dalam tak sedaq budak dah nak exam. Aku cuma mengira detik yang pasti agak sukar tengok gelagat depa lagi. Setiap batch ada specialnya masing-masing. Sejujurnya aku akan rindu. Rindu yang panjang. *ecececeee...bajet je kan? HAHAHA!

by the way, banyak benda yang aku tempoh dalam tak sedar. Datang masalah dalam family. Masalah kawan-kawan. Dan aku faham, orang pun selalu cakap Allah takkan timpakan musibah kepada seseorang itu dengan kemampuannya. aku redho kalau berlaku apa pun. Harap aku terus kekalkan keimanan aku.

HARAP DALAM BERKAWAN BIARLAH JUJUR. 
HARAP DALAM KELUARGA BIARLAH BERTOLAK ANSUR.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA BERKAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...